Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak
Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.
Pelaksanaan program ini sudah berada di Fasa Pertama yang mana ianya berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.
Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).
Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.dakwahdigitalkdb.my
TEMA MINGGU 2
Mana Adab (Penggunaan Berhemah)
- Buli siber
- Fitnah
- Membuat perkongsian mengenai orang lain tanpa izin dari tuan punya maklumat
- Batas dalam beri komen
- Keyboard warrior
- Maklumat palsu
- Membuka aib seseorang
- Menyumbang kepada ke hancuran hidup seseorang
Penerangan Tema:
Internet telah memudahkan manusia untuk berkomunikasi di antara satu sama lain dari lokasi di seluruh dunia untuk mengeratkan silaturrahim serta bertukar pandangan dan ilmu pengetahuan. Pada masa yang sama, mereka seakan lupa akan adab-adab dalam pertuturan. Lihat sahaja komen-komen orang ramai atau keyboard warriors terhadap sesuatu catatan di Internet, maklumat palsu yang tersebar, atau berita yang mengaibkan seseorang. Sifat Internet yang membolehkan pengguna untuk tidak menampilkan diri mereka yang sebenar telah disalahertikan sebagai lesen untuk berkata apa sahaja yang terlintas di fikiran.