MAKANAN POPULAR DI KAMPUNG ANAK MUSANG

Hanya dua buah kedai sahaja yang cukup tersohor di Kampung Anak Musang iaitu kedai Puan Zainab Bt Abdullah dan Kedai Encik.Che Lah(familyche Enterprise).Kedai tersebuat Menyediakan pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi yang cukup populor di Kalangan komuniti Kampung.Pelbagai jenis makanan dan kuih-muih yang dijual antaranya nasi kerabu,nasi lemak,nasi berlauk ikan gulai kuning dan sebagainya.

9ef6c94abb9b56d24bcdc79a101a0daeLAKSAM

Laksa lemak & Laksam

Menggunakan bahan dan ramuan yang sama dimana makanan ini cukup terkenal dan sesuai untuk dimakan sebagai sarapan pagi.Kebiasaan laksa dan laksam di masak oleh Puan Nur Hidayah binti abdullah dimana beliau menumpang produk untuk dijual di kedai Puan zainab dan kedai Che lah.Peniaga akan mengambil upah daripada hasil jualan tersebut.

 

nasikerabu

Nasi Kerabu

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam.

Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.

Nasi kerabu amat popular di Kampung Anak Musang. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.Disekitar Kampung Anak Musang Peniaga nasi kerabu yang paling Tersohor ialah Nasi Kerabu Kak Wan Limah dan Nasi Kerabu Che Na yang dijual oleh Kedai Zainab dan kedai Che Loh.Kebiasaannya dijual dari pukul 7.00am-2.00pm.

 

IMG 0029

Nasi Dagang

Nasi Dagang di Kampung Anak Musang diusahankan oleh Pn.Siti Aminah(dikenali dengan gelaran kak Tie).nasi dagang beliau juga dijual oleh semua kedai-kedai sekitar termasuk kedai sekitar  Kg Renek ,Kg Tok Dor dan Kg Anak Ikan.Beliau juga menerima tempahan untuk majlis-majlis keramaian contoh majlis rumah terbuka,majlis tahlil dan majlis yg diadakan dimasjid serta balai raya JKKK Kg Anak Musang.

Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Kampung Anak Musang. Nasi dagang biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

 

n.ayamgoreng

Nasi Berlauk Ayam Goreng

Nasi Berlauk Ayam Goreng sememangnya sudah lama dikenali di Kampung Anak Musang. Harganya yang murah dan rasa yang sedap pasti menambat selera sesiapa sahaja yang makan. Sejak diperkenalkan di Kampung Anak Musang, semakin ramai pembeli/pelangan yang menyukai dan mengemarinya.Nasi Berlauk Ayam Goreng biasanya dimakan, nasi putih dimakan bersama kuah gulai ayam dan juga ayam goreng kunyit serta sambal belacan.Lauknya memang ringkas tapi bila makan mesti akan menjilat jari.Nasi Berlauk Ayam Goreng diusahakan oleh peniaga kedai Che Lah (FamilyChe) dan Hj.Hussin.Kebiasanya Haji.Hussin akan menjual nasi tersebut di kedai Pn.Zainab Bt Abdullah.

 

pulutkelapaikan kering

Nasi pulut Ikan Kering

Pulut Ikan Kering merupakan hidangan popular yang biasa dijadikan sarapan oleh  komuniti Kg Anak Musang. Ia sering dihidangkan sewaktu majlis kenduri dan gotong-royong. Bahan asas sajian tradisi ini ialah beras pulut, ikan kering dan kelapa parut.Di Kampung Anak Musang Pulut Ikan Kering dijual oleh Peniaga kedai Pn.Zainab Bt Abdullah dan Kedai Encik.Che Lah.Dimana Pulut Ikan Kering ini diusahakan oleh Pn.Rohana Bt Dollah dan diletak dikedai-kedai untuk dijual oleh peniaga.

nasilemak

Nasi Lemak

Nasi Lemak merupakan makanan tradisi dan sangat popular di Kg Anak Musang. Nasi lemak ringkas pada kebiasaanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng , kacang goreng dan sambal.  Perubahan masa menyaksikan nasi lemak kini dijual dengan pelbagai lauk  termasuk rendang daging, ayam, sotong, udang, limpa  dan hati (lembu). Nasi lemak biasanya di makan pada waktu pagi. Tetapi kini ianya juga dinikmati  pada waktu makan tengah hari, petang dan malam. Ini menjadikan nasi lemak kini adalah satu sajian makanan yang popular dan ringkas yang menjadi pilihan warga kota yang sibuk.Namun begitu di Kampung Anak Musang nasi lemak yang ringkas dan mudah sahaja dijual pada waktu pagi dan untuk tempahan jamuan keramaian contohnya majlis di masjid.Tuan Hj Hussin adalah pengusaha nasi lemak paling terkenal di Kampung Anak Musang.

 

nasiayamgulai

Nasi Berlauk Ayam Gulai

Nasi Berlauk Ayam Gulai adalah antara makanan yang paling terkenal di Kampung Anak Musang.Masyarakat pantai Timur lebih suka bersarapan pagi dengan hidangan yang agak berat, kebiasan mereka suka bersarapan dengan hidangan nasi.Begitu juga dengan penduduk Kampung Anak Musang dimana mereka lebih gemar bersarapan pagi dikedai jika berbanding dirumah.Nasi berlauk Ayam Gulai merupakan antara sarapan pagi bagi masyarakat daerah ini.Nasi berlauk Ayam Gulai Juga dikenalai dengan Gulai ayam darat yang mudah dan ringkas dimasak, dimakan bersama dengan ulam timun serta sambal pedas.Nasi Berlauk Ayam Gulai Haji Hussin dan Kak wan Limah adalah nasi berlauk yang paling tersohor di Kampung Anak Musang.

 

MAKANAN TRADISIONAL

 

Mas sejemput adalah salah satu kuih tradisonal Terengganu. Kuih ini diperbuat daripada putih telur itik.Biasanya kuih ini akan menjadi kuih hantaran perkahwinan atau untuk majlis  akad nikah.

Kebanyakkan kuih-muih Terengganu di perbuat daripada ikan umpamanya kuih sata ini. Isinya di perbuat daripada isi ikan dan di campur dengan sedikit tepung. Dibungkus dalam daun pisang, dicucuk lau di bakar.Kalau nak lebih sedap isinya biarlah dari ikan tenggiri.

 

Kenapa di panggil dengan kuih Lompat Tikam, saya pun tak tahu. Tapi rasanya yang lemak di campur dengan kuah manisan menambahkan rasanya yang lazat.

 

Keropok Lekor memang sudah tidak asing lagi bagi penduduk Terengganu bahkan kepada orang luar juga.Ia menjadi makanan ringan pada waktu petang. Boleh dimakan dengan hanya merebus dan boleh juga digoreng.

 

Kalau berkunjung ke Terengganu dan tidak sah kalau tidak menikmati Nasi Dagang untuk bersarapan. Pergilah mana-mana kedai makan atau gerai- gerai, anda boleh menikmati Nasi Dagang yang berlaukkan ikan Tongkol atau orang Ganu panggil ikan Aya.

 

Laksam ini diperbuat daripada terung berus , direbus dan digulung menjadi Laksam. Kuahnya pula ialah santan yang di campur isi ikan. Di campur dengan sedikit ulam dan cili ,rasanya umph..... sungguh enak sekali.

 

Nasi Pulut Gaul Nyor atau Nyior adalah makanan sarapan pagi bagi penduduk Terengganu. Pulut ini dimakan bersama ikan kering atau ikan panggang.

 

Ketupat pulut atau ketupat daun palas boleh di dapati di warung-warung untuk sarapan pagi. Boleh dimakan begitu saja atau dimakan dengan rendang.