SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI)

 

1. Apakah peranan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)?

● Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk; o menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar. o masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital. o meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar. o membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

● Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.

● Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital. 

2. Berapakah jumlah PEDi yang ada di seluruh negara ketika ini?

● Sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap PEDi dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. PEDi juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta.

● 37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022.

● Sementara sebanyak 173 PEDi akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 PEDi. PEDi ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penhujung Disember 2022.

● Ini menjadikan sebanyak 1,083 PEDi beroperasi di seluruh negara.

3. Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada PEDi?


● Menerusi transformasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) ini terdapat lima (5) inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:

a. Pertamanya, menaik taraf kepada PEDi yang akan meningkatkan aktiviti Latihan dan bimbingan bagi usahawan mikro,

b. Keduanya, penubuhan Panel Penasihat yang terdiri dari masyarakat setempat di setiap PEDi bagi menasihatkan, merancang pelbagai program dan menarik mesyarakat setempat untuk memanfaatkan masyarakat setempat;

c. Ketiganya, setiap PEDi akan mempunyai IKON Usahawan PEDi dari kalangan usahawan setempat yang telah berjaya yang akan membantu dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan;

d. Keempatnya, 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik di 600 PEDi terpilih bagi turut membantu memberi matlumat sokongan kewangan, melatih dan membangunkan usahawan mikro PEDi; dan 3

e. Kelima, program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di PEDi bagi mencapai pasaran yang lebih besar.

Klik disini

 

  1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Internet  (PI) di bawah Bajet 2013?
   

J: Pusat Internet  (PI) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.

Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun.

 
 
  2. S: Bilakah Pusat Internet akan dilaksanakan?
     

J: Pelaksanaan adalah secara berperingkat mulai tahun 2013. 

 
 
  3. S: Bagaimanakah cara untuk saya memohon Pusat Internet  (PI) di kawasan saya ?
    J: Pemilihan lokasi PI adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.  

Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan PI adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998).

 
 
  4. S: Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek Pusat Internet  (PI)?
    J: Proses pelaksanaan  PI adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender.   
 
  5. S: Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek Pusat Internet ?  Adakah orang awam boleh memohon untuk membuka Pusat Internet ini?
    J: Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)),Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut.  
 
  6. S: Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet  (PI)?
    J: Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.  
 
  7. S: Siapakah yang boleh mengunjungi Pusat Internet (PI)?
   

J: Penggunaan PI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

 
 
  8. S: Dimana PI terdekat yang saya boleh mendaftar sebagai ahli?
    J: Pihak tuan/puan boleh merujuk kepada senarai Pusat Internet yang beroperasi di seluruh negara di laman web berikut :- http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/USP_REGISTER_Final_6_July_2011.pdf 
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Wilayah SKMM yang berdekatan.
 
 
  9. S: Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet (PI)?
      J: Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.  
         
  10. S: Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet (PI)?  
      J: Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan.  
         
  11. S: Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di Pusat Internet (PI). Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan?  
      J: Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus PI yang berhampiran untuk keterangan lanjut.  
         
  12. S: Apakah perbezaan di antara Pusat Internet (PI) dengan cybercafe sediada?  
     

J: Setiap penggunaan komputer PI adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.

Sumber : http://pi1m.skmm.gov.my/PJL_FAQ.htm