PELANCONGAN

LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK, BESUT TERENGGANU

 

latakolameco

Lata Kolam Air Deru Ecopark atau cukup dikenali sebagai Lata Kolam kerana rupa bentuk seperti kolam dengan air yang jernih dan kehijauan. Lata ini mendapat liputan meluas daripada pelancong dari seluruh negeri kerana kejernihan airnya dan keindahan flora fauna. Lata yang baru diterokai ini, sudah mempunyai pelbagai aktiviti bagi mengisi masa lapang bersama keluarga dan boleh menghilangkan stres dengan melakukan aktviti riadah disini bagi yang sibuk dikota bandaraya. Lata ini berdekatan dengan Lata Kolam Air Panas lebih kurang 43km dari Kg Anak musang.Airnya yang jernih amat sesuai sebagai tempat mandi -manda, berkelah dan santai-santai bersama keluarga tercinta, Kedalaman air juga sesuai untuk semua peringkat walaubagaimanapun sekiranya terdapat anak-anak yang masih kecil haruslah dipantau bersama keluarga.Antara perkhidmatan yang turut disediakan disini ialah Pengurusan Resort, Pengurusan Acara, Pakej Perjalanan & Perlancongan,Kemudahan Camping & Aktiviti, Aktiviti Rekreasi, Pakej Pengembaraan Eco, Katering dan Tempat Reakreasi Herba.

 

LATA CHAKAH, SETIU TERENGGANU

ltachankah

Lata Chakah atau Lata Sawa yang dipanggil oleh orang tempatan berada di Setiu, Terengganu kini kian popular dengan keindahan air terjun yang jernih dan diselubungin tumbuhan menghijau dengan pemandangan yang cukuh indah serta suasana yang tenang.Pemandangan yang sangat cantik, tenang dan indah serta belum tercemar dengan kerakusan pembangunan. Kata orang cantik bagai anak dara desa yang belum diusik . Bagi warga tempatan ia sememangnya sudah dikenali tetapi bagi mereka yang diluar daerah Setiu, ia memang belum popular . Amat sesuai untuk dijadikan tempat berkelah dan riadah bagi yang bekerluarga dan ingin larikan diri dari kesibukan kota. Kawasan Lata Chakah ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas oleh pihak berkuasa tempatan dan sentiasa dijaga dengan baik.

 

PANTAI DENDONG

DENDONG 

Pantai Dendong sebagai Bandar Bistari yang melibatkan kawasan seluas 1,600 hektar dalam keadaan semulajadi serta kedudukan yang strategik dalam lingkaran pelancongan persisiran pantai.

Komponen warna kehijauan dedaun dengan warna keemasan pepasir sudah cukup untuk menenangkan jiwa yang menikmatinya. Disini juga terdapat sebuah bukit yang amat menarik pandangan pelancong. Di sini, turut disediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Keindahan pantainya amat mengasyikkan sesiapa sahaja selain masih mengekalkan kehijauan.

Selain Pantai Air Tawar, Pantai Dendong juga menjadi destinasi percutian ataupun beriadah bersama-sama keluarga dihujung minggu. Sementelah jarak antara kedua-dua destinasi perkelahan ini tidak jauh dan mempunyai tarikan masing-masing.

Lokasi Pantai Dendong ini terletak di kawasan Kg Tembila, Besut yg menghala ke kem Askar @ Unisza. Lokasi agak strategik dan tenang. Jalan laluan masuk ke pantai ini agak ke dalam sedikit. Pasir pantainya yang cantik, sesuai untuk mandi manda bersama keluarga. Bagaimanapun, keselamatan anak-anak ketika mandi mesti dipantau sepenuhnya oleh ibu bapa.Tempat yang tenang berbanding pantai Bukit Keluang yang agak terlampau padat dengan kunjungan orang ramai terutama pada hujung minggu.

 

AIR TERJUN FELDA SELASIH

airterjunfelda1

Felda Selasih merupakan sebuah kampung yang terletak di Daerah Besut, Jerteh, Terengganu, Malaysia. Kampung tersebut merupakan sebuah kampung contoh di antara semua FELDA yang terletak di negeri Terengganu. Di samping kedudukan serta lokasi rumahnya yang tersusun serta sifat penduduknya yang saling tolong-menolong antara satu sama lain Terdapat pelbagai kawasan yang menarik di Felda Selasih yang jarang diteroka iaitu air terjun yang menarik, kawasan hutan simpan yang mengandungi pelbagai khazanah alam, dan antara laluan masuk ke Gunung Tebu.Jika pihak berwajib sedar dan tahu potensi kawasan-kawasan tersebut bagi menaiktaraf kepada kawasan tarikan pelancong dan riadah,pasti ianya setanding dengan kawasan rekreasi menarik yang lain seperti Hutan Lipur Lata Air Panas LA, Hutan Lipur Lata Belatan, dan sebagainya .

Kampung yang berdekatan dengan Felda Selasih adalah Kampung Tok Dor,Kampung Anak Ikan,Kampung Bukit Jeruk,Kampung Renek,Kampung Anak Musang,Kampung Bintang, Kampung Kuala Kubang, dan sebagai.

Antara yang menarik di Felda Selasih ialah kemudahan infrastruktur sukan yang lengkap.Di samping itu,satu Pusat Futsal yang terbesar di seluruh negara telah ditubuhkan di Felda Selasih, Ianya menjadi tumpuan bukan sahaja warga Felda,malahan penduduk di seluruh negara. Felda Selasih ini mempunyai satu sekolah kebangsaan Sekolah Kebangsaan Felda Selasih, TABIKA KEMAS,dan juga Sekolah Agama Rakyat yang memberi didikan agama kepada anak-anak Felda pada sebelah petang.

Pengunjung yang ingin berkunjung ke Felda Selasih boleh melayari website ini untuk mendapatkan info yang lebih terperinci lagi di Facebook/Felda-Selasih tentang Felda Selasih.

Air Terjun Felda Selasih, Jabi antara tempat yang masih kekal keaslian semulajadinya merupakan kawasan yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pecinta khazanah ini.

 

LATA BELATAN

belatan

Hutan dan air terjun merupakan keindahan semulajadi dan memberi kita ketenangan. Terletak didalam daerah Besut di hutan Simpan Gunung Tebu yang mana lokasi Lata Belantan ini sendiri menjadi tapak atau ‘base camp’ bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti pendakian. Air terjun dan sungai yang mengalir di lata ini begitu sejuk dan setiap hujung minggu menjadi daya tarikan penduduk tempatan mahupun pelancong luar yang ingin samasama menikmati keindahan alam semulajadi di sini.

Lokasi Lata Belatan ini terletak kira-kira 118 kilometer dari Kuala Terengganu dan kira-kira 24 kilometer daripada bandar Jertih. Terdapat pelbagai kemudahan awam di sediakan di sini seperti tandas awam,tempat letak kenderaan,tempat Bbq dan pelbagai lagi. Jika anda terlupa membeli atau membawa makanan dan minuman, terdapat kedai-kedai yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman untuk dibeli.

Di bahagian bawah air terjun ini terdapat satu sungai yang jernih tanpa batu-batuan dan jika anda membawa anak-anak yang masih kecil adalah selamat untuk mereka bermain-main dan bermandi-manda di kawasan ini berbanding jika anda ke kawasan lebih atas yang dipenuhi oleh batu-batu dan air yang deras. Keselamatan perlu di ambil berat disamping kita bercuti dan berlibur.

Bagi mereka yang ingin berkemah, pihak jabatan hutan negeri Terengganu mengenakan cas sebanyak RM2.00setiap orang dan bagi mereka yang ingin mendaki gunung tebu cas sebanyak Rm5.00 dikenakan bagi setiaporang. Terdapat juga chalet berhampiran air terjun ini di sediakan bagi mereka yang ingin bermalam dengankadar bayaran yang berpatutan. Anda boleh menghubungi encik Abdul Aziz Bin Jusoh di talian 012-9578075 bagimendapatkan maklumat lanjut.

PANTAI BUKIT KELUANG

bukitkluang 

Pantai Bukit Keluang merupakan satu pantai yang unik kerana terdapat struktur batuan ditepi pantai danmembentuk gua-gua kecil. Pantai ini dahulunya terkenal dengan kisah tempat persembunyian lanun-lanun,namun kini ianya tetap kekal dengan keunikannya tersendiri. Terletak hanya beberapa kilometer dari Kuala Besutdan kira-kira 3km daripada Pantai Air Tawar. Ianya sesuai untuk sebarang aktiviti bersama keluarga dan turut menjadi pilihan badan-badan pertubuhan seperti pengangkap, bulan sabit dan sebagainya untuk menjalankanaktiviti mereka.

Anda boleh menjelajah setiap pantai yang ada disini melalui pelantar pejalan kaki yang disediakan, Jangan lupauntuk masuk berjalan kedalam gua-gua yang ada dan menikmati keindahan semulajadinya. Abadikankedatangan dipantai ini menerusi lensa kamera anda bersama keluarga atau teman-teman. Jika anda berhajatingin bermalam, terdapat resort berhampiran pantai ini yang boleh anda tempah. Sila layari www.bkbr.com.myuntuk maklumat lanjut.

PANTAI AIR TAWAR

pantaiairtawa

Daerah Besut yang menjadi sempadan antara negeri Terengganu dan Kelantan bukan sahaja terkenal dengan pulau-pulau tetapi juga pantai-pantainya yang menjadi salah satu sumber tarikan pelancongan di daerah ini. Pantai Air Tawar yang terletak kira-kira 4km dari Kuala Besut dan 3km daripada Bukit Keluang merupakan salah satu pantai yang kerap di kunjungi oleh penduduk tempatan mahupun para pelancong. Daripada pantai ini jelas kelihatan Pulau Perhentian yang merupakan salah satu pulau yang tidak asing lagi dalam peta pelancongan Terengganu.

Di pantai ini kemudahan seperti tandas, kerusi, wakaf, gerai-gerai jualan dan taman permainan kanak-kanak tersedia untuk para pelawat. Setiap hujung minggu aktiviti perkelahan dan mandi-manda kerap diadakan di pantai ini. Pesta Kebudayaan dan Kesenian akan diadakan pada setiap tahun dipantai ini bagi menarik lebih ramai pelancong.

Bagi mereka yang ingin bermalam, terdapat beberapa chalet dan homestay sekitar pantai ini dengan harga yang berpatutan, antaranya adalah MNI Homestay yang mana anda boleh hubungi Pn. Wan Maziah di talian 013-9232625 atau 09-6668890 untuk tempahan. Mungkin anda boleh berehat sementara disini bersama keluarga dan menikmati angin laut China Selatan di pantai ini.

GUNUNG TEBU

GUNUNG TEBU 

Dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter menjadikan Gunung Tebu sebagai puncak tertinggi di Terengganu. Terletak didalam daerah Besut dan sering menjadi tumpuan para pendaki baik dari Terengganu mahupun dari luar Terengganu malah juga dari luar Malaysia.Walaupun dikatakan laluan ke puncak gunung ini adalah mudah berbanding dengan gunung-gunung lain tetapi ianya tetap menjadi tarikan para pendaki dengan kekayaan flora dan faunanya, pemandangan indah di puncak yang mengadap laut China Selatan di mana kelihatan pulau Perhentian dari jauh serta tarikan kisah-kisah mesteri di gunung ini.

Para pendaki dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 oleh jabatan perhutanan sebagai permit mendaki dan Lata Belatan yang berada di kaki gunung ini menjadi ‘starting point’ bagi pendakian yang memakan masa 5 sehingga 6 jam perjalanan.Ada juga mereka yang bermalam berhampiran puncak untuk menikmati panorama dan suasana indah di sana.Sekitar 20 minit perjalan dari puncak terdapat satu kawasan lapang sebagai tapak perkemahan dan tidak jauh dari sumber air.Jika anda masih baru dengan pendakian atau pertama kali menjejak kaki ke gunung Tebu anda di galakkan mengambil pemandu arah yang berlisen dan berpengalaman dengan selok belok gunung ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku.Jika berminat anda boleh menghubungi saudara Suzilan melalui emailAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

LA HOT SPRING

DENDONG

Kawasan air hangat ini terletak di pendalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut. Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi.

Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan. Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia “SULFUR” atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi. Di sini juga terdapat Wadding Pool bekas air hangat (thermos).

Selain itu, air hangat buatan juga dibina selain kolam seperti spa bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati kehangatan air hangat buatan ini secara persendirian. Di sini, pengunjung yang datang tidak pernah berkurang kerana setiap masa dikunjungi. Tarikan utama adalah air hangat semulajadi yang menjadi kepercayaan masyarakat yang dapat menyembuhkan penyakit selain mendapatkan kesegaran tubuh badan. La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.

LATA TEMBAKAH

 TEMBAKAH

Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Jertih, Terengganu. Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, bermalam dan lain-lain aktiviti di hutan lipur, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur Dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.

Lokasi:

24 km dari Bandar Jertih melalui Jalan ke Kuala Terengganu - Jertih dan 130 km dari Kuala Terengganu. Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di dalam Hutan Simpan Pelagat yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Unit Hutan Lipur dan Rekreasi,

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu,

Tingkat 7, Wisma Negeri,

20200 Kuala Terengganu

Tel: 09-6274155

Faks: 09-6236552

Sumber : Majlis Daerah Besut