TARIKH/MASA : 14.05.2022 (09.30 AM-11.30 AM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN INTERNET (LAMAN WEB emunakahat Terengganu) JUM.PESERTA : 2 ORANG (DEWASA) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu pengguna dan melayari laman web yang baru diperkenalkan iaitu emunakahat.terengganu.gov.my untuk mengisi dan mendaftar borang kahwin secara atas talian. Mereka memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dari pada petugas kerana pengisian borang secara atas talian baru diperkenalkan sebelum ini pengisian borang adalah secara menual. Petugas pula mencari maklumat dan belajar terlebih dahulu mengenai sistem tersebut untuk diberi penerangan secara terperinci kepada mereka agar tidak melakukan kesilapan semasa pengisian borang atas talian.
Aktiviti
Petugas melayari internet menggunakan laman web google untuk mencari maklumat terperinci mengenai emunakahat terengganu terlebih dahulu dan bagaimana cara pengisian borang tersebut dan kemudian petugas pusat internet memberi penerangan kepada mereka. Pengguna/user perlu mendaftar dalam sisten emunakahat untuk daftar kata laluan terlebih dahulu sebelum masuk dalam laman web untuk mengisi borang. Peserta berjaya mengisi kesemua maklumat sehingga siap dan muat turun borang HIV untuk membuat test di klinik. Pengguna print borang tersebut untuk dikemukakan kepejabat agama daerah besut. Pengguna begitu berpuas hati dengan bantuan yang diberikan oleh petugas.
- Seterusnya
- Seterusnya >>