Tarikh : 03 APRIL 2024 Masa : 10.00 AM - 12.00 PM Lokasi : NADI KG ANAK MUSANG Peserta :2 ORANG |
Tujuan
Membantu pengguna dan melayari laman web yang baru diperkenalkan iaitu www.sppim.gov.my untuk mengisi dan mendaftar borang kahwin secara online. Mereka memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dari pada petugas kerana pengisian borang secara online baru diperkenalkan sebelum ini pengisian borang adalah secara menual. Petugas pula mencari maklumat dan belajar terlebih dahulu mengenai sistem tersebut untuk diberi penerangan secara terperinci kepada mereka agar tidak melakukan kesilapan semasa pengisian borang online.
Aktiviti
Petugas melayari internet menggunakan laman web google untuk mencari maklumat terperinci mengenai sistem pengurusan perkahwinan islam malaysia (sppim) terlebih dahulu dan bagaimana cara pengisian borang tersebut dan kemudian petugas pusat internet memberi penerangan kepada mereka. Pengguna/user perlu mendaftar dalam sistem sppim untuk mengisi borang. Peserta berjaya mengisi kesemua maklumat sehingga siap dan muat turun borang HIV untuk membuat test di klinik. Pengguna print borang tersebut untuk dikemukakan kepejabat agama daerah besut. Pengguna begitu berpuas hati dengan bantuan yang diberikan oleh petugas.