LAPORAN SEPTEMBER - PROGRAM TABIKA KEMAS KG BUKIT JEROK

       

         TARIKH/MASA    : 7.09.2017 (9..00AM-12.00PM)

          PROGRAM          : KDB TONTON VIDEO,MEWARNA ONLINE(UP TO TEN) DAN ANYAMAN KDB.

          JUM.PESERTA     : 26 ORANG (PELAJAR) & 3 ORANG PETUGAS TABIKA.

          LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG.

 

 

tabika70917

Tujuan

Kanak-kanak yang terlibat adalah dalam lingkungan umur 4 tahun dan 5 tahun.Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak bagaimana cara penggunaan komputer agar mereka tidak kekok dalam penggunaan peralatan komputer contohnya pengunanaan tetikus.Bagi membiasakan mereka dan menarik minat terhadap aplikasi-aplikasi dalam penggunaan komputer dan internet.

Aktiviti

Tayangan video kanak-kanak kepada kanak-kanak Tadika KEMAS Kg Bukit Jerok.Laman web uptoten kepada kanak-kanak Tadika Kemas sebagai permainan pendidikan.Menggunakan modul bukan IT dan dibekalkan bahan-bahan berkaitan kepada kanak-kanak Tadika KEMAS iaitu aktiviti anyaman.Kanak-kanak diberi tugasan untuk menyiapkan anyaman mengikut kraetiviti mereka.

 

LAPORAN SEPTEMBER - LATIHAN ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI.

 

         TARIKH/MASA    : 15.09.2017 (9..00AM-11.00AM)

          PROGRAM          : ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB & IMAGE.

          JUM.PESERTA     : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH).

          LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG.

 

150920171

Tujuan

Bagi meningkatkan ilmu kemahiran kepada para peserta terutamanya peserta ini terdiri  dari golongan pelajar sekolah.Malah dengan latihan asas teknologi maklumat dapat membantu mereka yang akan ke sekolah menengah atas dalam kerja-kerja yang akan diberikan oleh guru mereka contoh dalam membuat kertas kerja kajian tempatan dan ketas kerja yang lain.Mereka dapat menyelasaikan tugasan yang diberikan dengan baik dengan mencari gambar-gambar yang menarik dan bersesuaian.

Aktiviti

Laman web google image digunakan oleh peserta.Peserta diberi tugasan untuk mencari gambar yang bertemakan Hari Malaysia,peserta perlu memilih tiga gambar yang berkaitan dan menyimpan gambar yang dipilih dalam satu file milik mereka.

 

LAPORAN SEPTEMBER - LATIHAN ASAS MICROSOFT WORD (KAD AKTIVITI HARI MALAYSIA).

 

         TARIKH/MASA    : 15.09.2017 (11.00AM-1.00PM)

          PROGRAM          : EDIT IMAGE DALAM  MICROSOFT WORD(POSTER HARI MALAYSIA 2017).

          JUM.PESERTA     : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH).

          LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG.

 

150920172

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para peserta dalam penggunaan microsoft word bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta agar program ini juga dapat membantu mereka pada masa akan datang.Memperkenalkan asas penggunaan Microsoft Office dan laman web kepada peserta.

Aktiviti

Menggunakan MS Word peserta diberi penerangan berkaitan fungsi dan kegunaan yang boleh digunakan didalam pembelajaran.Sempena Hari Malaysia peserta diberi tugasan menyiapkan card activity Hari Malaysia 2017 mengikut krativiti masing-masing.Menggunakan gambar yang telah mereka pilih dan kumpul.

 

LAPORAN SEPTEMBER - LATIHAN INTEL EASY STEPS

         TARIKH/MASA    : 20.09.2017 HINGGA 26.09.2017 (09.00AM-6.00PM)

          PROGRAM          : INTEL EASY STEPS (MODUL 1-5 & MODUL 6-10)

                                         KUMPULAN 1,2 & 3

          JUM.PESERTA     : 42 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH).

          LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG.

 

20092017

230920171

Tujuan

Komputer merupakan sebahagian penting daripada kehidupan harian dalam dunia hari ini. Ramai orang menggunakan komputer untuk menyimpan rekod, membuatpengiraan, mencari maklumat, menyimpan gambar dan muzik, memain permainan dan berkomunikasi dengan orang lain. Komputer telah mengubah cara kita bekerja dan hidup.Kursus ini direka untuk membantu anda membangunkan kemahiran baru yang membolehkananda menggunakan komputer untuk berkomunikasi; menyelesaikan masalah, dan menyelidik,mengumpul, menyusun dan berkongsi maklumat. Kursus ini menyediakan pelbagaipengalaman langsung untuk menjelajah dan menemui aplikasi komputer asas. Namun begitu,ramai yang berhadapan dengan komputer buat kali pertama tidak biasa dengan bahagiannyaatau cara mengerjakannya. Dalam modul ini, anda akan belajar tentang bahagian-bahagianasas komputer dan fungsinya, sistem operasi dan cara melaksanakan beberapa tugas komputer yang mudah.

Aktiviti

Latihan ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian 1 merangkumi modul 1-5 dan bahagian 2 merangkumi modul 6-10.Pada sesi pertama peserta diberi penerangan berkaitan bahagian 1 iaitu penerangan modul 1-5  memberi pendedahan mempelajari kemahairan baru.

Modul 1: Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi
Modul 2: Memperkenalkan Internet dan E-mel
Modul 3: Pengenalan Pemprosesan Kata
Modul 4: Pengenalan Lembaran Elektronik
Modul 5: Pengenalan Multimedia

 

Pada sesi ke-2 peserta diberi penerangan mengenai bahagian 2 iaitu modul 6-10.Bahagian 2 lebih kepada menggunakan kemahiran untuk proses pembelajaran.mengguna aplikasi asas internet dan  microsoft office dalam melaksanakan tugasan-tugasan yang telah diberikan.

 

LAPORAN SEPTEMBER - PROGRAM HARI DASHBOARD KOMUNITI 2017

 

         TARIKH/MASA    : 30.09.2017 (09.00AM-2.00PM)

          PROGRAM          : DASHBOARD KOMUNITI

          JUM.PESERTA     : 69 ORANG

          LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG

 

30092017

Tujuan

Aplikasi Dashboard Komuniti PI dapat diperkenalkan kepada komuniti dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan berkaitan Dashboard Komuniti. Peserta juga mampu meningkatkan kesedaran semasa berada diatas talian dan mempelajari ilmu keusahawanan disamping meningkatkatkan kemahiran didalam penggunaan laman/aplikasi Dashboard.Memperkenalkan & mempromosi aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti.

Aktiviti

Pendaftaran peserta untuk membahagiakn kepada beberapa aktiviti.Sesi muat turun aplikasi Apps Dashboard Komuniti oleh para peserta yang hadir.Para peserta diberi tunjuk ajar untuk muat turun Apps menggunakan aplikasi google play.Peserta menggunakan perisian MS Word dalam kad aktiviti.Antara para peserta yang hadir dan mereka diberi penerangan berkaitan fungsi-fungsi yang terdapat didalam MS Word.Sesi produk view menggunakan aplikasi Dashbaord Komuniti.Para peserta dikehendaki view produk dan peserta diperkenalkan dengan produk yang terdapat didalam aplikasi MyShop.Sesi penggunaan aplikasi Mysoal peserta diperkenalkan dengan aplikasi membuat aduan kepada PBT.Diberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi MySoal.Menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti peserta membuat hebahan dalam MyKomuniti.Peserta diberi penerangan berkaitan fungsi yang terdapat didalam MyKomuniti dashboard Komuniti.Menggunakan aplikasi I-Health para peserta diberi pemeriksaan kesihatan percuma.Penerangan berkaitan system I-Health dan penerangan berkaitan Myhealth diberikan kepada peserta yang membuat pemeriksaan kesihatan.Latihan asas keusahawanan melibatkan pemasaran dalam talian kepada para peserta.Para peserta diberi penerangan berkaitan pemasaran didalam talian menggunakan MyShop bagi produk milik beliau.