LAPORAN OKTOBER - PENGENALAN KEPADA INTERNET.
TARIKH/MASA : 13.10.2017 (2.00PM-5.00PM) PROGRAM : PENGENALAN KEPADA ASAS INTERNET JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH & BELIA). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Bagi meningkatkan ilmu kemahiran kepada para peserta terutamanya peserta ini terdiri dari golongan pelajar sekolah.Malah dengan latihan asas teknologi maklumat dapat membantu mereka yang akan ke sekolah menengah atas dalam kerja-kerja yang akan diberikan oleh guru mereka contoh dalam membuat kertas kerja kajian tempatan dan ketas kerja yang lain.Mereka dapat menyelasaikan tugasan yang diberikan dengan baik dengan mencari gambar-gambar yang menarik dan bersesuaian.
Aktiviti
Para peserta di beri penerangan mengenai asas-asas internet kebaikan dan keburukan dalam penggunaan internet untuk aktiviti harian mereka dalam membantu mereka untuk menyiapkan kerja sekolah yang memerlukan pencarian maklumat didalam internet.Latihan google image diberikan kepada para peserta bagi membantu peserta untuk mencari image-image yang bersesuaian dengan tajuk-tajuk yang telah petugas berikan.Petugas juga menerangkan apakah kelebihan dan fungsi-fungsi google image bagi membantu mereka jika guru sekolah mereka memberi latihan kertas kerja atau membuat kerja kajian tempatan sejarah/geografi.Peserta juga diajar untuk copy,paste dan save image.
LAPORAN OKTOBER - PAINT (FUNGSI PAINT & KAD AKTIVITI GUNA PAINT).
TARIKH/MASA : 20.10.2017 (3.00PM-6.00PM) PROGRAM : FUNGSI PAINT & KAD AKTIVITI JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Mempekenalkan fungsi-fungsi paint kepada para peserta.Bagaimana latihan paint dapat membantu dalam proses pembelajar dan pelajaran peserta.latihan paint juga dapat membantu peserta dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru mereka.Latihan paint dapat meningkatkan ilmu kemahiran kepada peserta dalam penggunaan paint.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan apakah fungsi-fungsi dan kelebihan penggunaan paint.Peserta dikendaki menggunakan objek-objek dan bentuk dalam latihan paint.Dari pada objek dan bentuk yang ada pelajar perlu melukis sehingga menjadi satu bentuk lukisan yang menarik.Akhir sekali peserta diberi tugasan untuk membuat kad aktiviti menggunakan paint.Peserta dikehendaki menghasilkan 1 kad aktiviti yang menarik mengikut kehendak dan kemahiran masing-masing tanpa tajuk yang diberikan oleh petugas.
LAPORAN OKTOBER - PROGRAM NEGARAKU @KOMUNITI PERINGKAT DAERAH BESUT DAN PROGRAM PEWARIS MUDA PERINGKAT NEGERI 2017
TARIKH/MASA : 21.10.2017 (8.00AM-2.00PM) JUM.PESERTA : 120 ORANG (KOMUNITI). LOKASI/TEMPAT : DATARAN KG DARAU. |
Tujuan
Tujuan Pusat Internet (PI) ikut serta dalam program ini adalah bagi memperkenalkan PI dengan lebih dekat kepada komuniti disamping mempromosikan program-program yang dilaksanakan di PI.Program ini juga bertujuan bagi mendekatkan lagi diantara pi1m dan komuniti agar petugas-petugas pi1m akan lebih mesra lagi dengan komuniti.
Aktiviti
Pendaftaran pengunjung dan memberi penerangan dengan lebih detail kepada pengujung apa itu Pusat Internet.Mengadakan beberapa aktiviti kepada pengunjung yang hadir.Antara aktiviti yang dijalankan ialah puzzle-literasi digital,pengenalan komputer (perkakasan komputer),maze-literasi digital,teka silangkata-literasi digital,musang berjanggut-literasi digital dan teka rempah.
LAPORAN OKTOBER - LATIHAN KEUSAHAWANAN(MENCIPTA AKAUN GMAIL & PEMASARAN ATAS TALIAN)
TARIKH/MASA : 25.10.2017 (2.00PM-5.00PM) PROGRAM : ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB & GMIL SERTA PEMASARAN ATAS TALIAN JUM.PESERTA : 5 ORANG (BELIA). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Untuk memberi latihan kepada golongan belia agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai bidang pernigaan.Golongan belia akan dapat bimbingan dan tunjuk ajar bagaimana mudahnya menggunakan aplikasi internet dalam pernigaan mereka malah dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka.Dengan adanya latihan ini peserta dapat mengembangkan perniagaan mereka kepasaran luar.
Aktiviti
Penerangan secara asas mengenai apa itu internet.Guna google untuk daftar akaun gmail dan daftar akaun facebook bagi mereka yang belum ada akaun facebook.Penerangan dan memberi panduan bagaimana untuk memasarkan produk mereka malah petugas juga memberi panduan bagaimana cara guna mudah.my untuk masukkan produk mereka untuk di iklankan.
LAPORAN OKTOBER - MICROSOFT OFFICE (ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB & MICROSOFT WORD)
TARIKH/MASA : 31.10.2017 (3.30PM-5.30PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB & MICROSOFT WORD. JUM.PESERTA : 5 ORANG (BELIAWANIS). LOKASI/TEMPAT :PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta dalam penggunaan microsoft word bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta agar program ini juga dapat membantu mereka pada masa akan datang.Memperkenalkan asas penggunaan Microsoft Office dan laman web kepada peserta.
Aktiviti
Menggunakan MS Word peserta diberi penerangan berkaitan fungsi dan kegunaan yang boleh digunakan didalam pembelajaran.Laman web google image digunakan oleh peserta.Peserta diberi tugasan untuk mencari gambar,peserta perlu memilih tiga gambar yang berkaitan dan menyimpan gambar yang dipilih dalam satu file milik mereka.Peserta diberikan aktiviti menaip dengan kreatif menggunakan MS Word.Sebelum menaip mereka dikendaki mencari maklumat berkaitan sejarah tempatan.