LAPORAN NOVEMBER - LATIHAN ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI.
TARIKH/MASA : 08.11.2017 (02.00PM-03.00PM) PROGRAM : GOOGLE IMAGE & GOOGLE WEB(ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB) . JUM.PESERTA : 15 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam penggunaan asas teknologi maklumat dan komunikasi.Pendedahan asas laman web diberikan kepada peserta untuk menggunakan google images dalam mencari gambar-gambar yang bersesuaian.Peserta tidak akan kekok dalam penggunaan google images setelah menghadiri latihan ini.Malah latihan ini juga dapat membantu peserta dalam kerja-kerja kursus pada masa akan datang.
Aktiviti
Peserta akan diberi penerangan dan pendedahan kepada asas laman web terlebih dahulu.Peserta perlu menggunakan/melayari laman web google images.Kemudiaan peserta diarahkan untuk mencari gambar yang sesuai bertemakan "Semoga Berjaya Calon SPM".Peserta perlu memilih gambar-gambar yang sesuai dan copy image untuk diletakkan pada latihan asas microsoft word.
LAPORAN NOVEMBER - LATIHAN ASAS MICROSOFT WORD.
TARIKH/MASA : 08.11.2017 (03.00PM-05.00PM) PROGRAM : KAD ACTIVITI MICROSOFT WORD . JUM.PESERTA : 15 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta dalam penggunaan microsoft word bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta agar program ini juga dapat membantu mereka pada masa akan datang.Memperkenalkan asas penggunaan Microsoft Office dan laman web kepada peserta.
Aktiviti
Menggunakan MS Word peserta diberi penerangan berkaitan fungsi dan kegunaan yang boleh digunakan didalam pembelajaran.Sempena calon SPM menduduki peperiksaan peserta diberi tugasan menyiapkan card activity bertemakan "Selamat Menduduki Peperiksaan Kepada Calon SPM' mengikut krativiti masing-masing.Menggunakan gambar yang telah mereka pilih dan kumpul.
LAPORAN NOVEMBER - LATIHAN ASAS MICROSOFT WORD DAN LAMAN WEB.
TARIKH/MASA : 09.11.2017 (03.00PM-05.00PM) PROGRAM : CARIAN WEB CONTOH RESUME & BUAT RESUME DALAM MICROSOFT WORD . JUM.PESERTA : 4 ORANG (PELAJAR SEKOLAH & BELIA). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Membantu peserta lepasan sekolah dan belia untuk memudahkan mereka membuat resume dalam memcari kerja.Latihan ini begitu penting untuk merialisasi masa depan jenerasi muda dalam memcari peluang pekerjaan dan apa-apa yang berkaitan.Peserta dapat membuat resume mengikut format terbaru masakini.Program ini dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan dan pendedahan terlebih dahulu mengenai apa fungsi dan kelebihan/faedah resume dan bagaimana cara yang mudah untuk membuat resume dengan format yang betul dan terkini.Peserta perlu menggunakan talian/rangkaian internet untuk mencari contoh-contoh resume setelah contoh-contoh resume diperolehi peserta perlu copy/save contoh tersebut.Untuk membuat resume yang baik peserta perlu menggunakan contoh resume tersebut untuk di taip dalam microsoft word mengikut maklumat diri masing-masing.
LAPORAN NOVEMBER - LATIHAN ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI.
TARIKH/MASA : 22.11.2017 (02.00PM-04.00PM) PROGRAM : CARIAN WEB CONTOH BIODATA DIRI & CARI GAMBAR YANG SESUAI DENGAN TEMA YANG DIBERI. JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam penggunaan asas teknologi maklumat dan komunikasi.Pendedahan asas laman web diberikan kepada peserta untuk menggunakan google images dalam mencari gambar-gambar yang bersesuaian.Peserta tidak akan kekok dalam penggunaan google images setelah menghadiri latihan ini.
Aktiviti
Laman web google image digunakan oleh peserta.Peserta diberi tugasan untuk mencari gambar yang bertemakan biodata diri dan mereka perlu mencari contoh biodata diri untuk disalinkan dalam microsoft word,peserta perlu memilih tiga gambar yang berkaitan dan menyimpan gambar yang dipilih dalam satu file milik mereka.
LAPORAN NOVEMBER - LATIHAN ASAS MICROSOFT OFFICE (MICROSOFT WORD).
TARIKH/MASA : 22.11.2017 (04.00PM-06.00PM) PROGRAM : BUAT BIODATA DIRI DALAM MICROSOFT WORD . JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan atau aplikasi yang terdapat didalam komputer. Mereka didedahkan kepada Microsoft Word supaya dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft tersebut.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan berkaitan microsoft word terlebih dahulu.Pelajar perlu menaip biodata diri masing-masing mengikut maklumat yang mereka perolehi.Pelajar perlu membuat biodata diri mengikut krativiti masing-masing.
LAPORAN NOVEMBER - LATIHAN ASAS MICROSOFT WORD & EXCEL.
TARIKH/MASA : 29.11.2017 (09.00AM-12.00PM) PROGRAM : MEMBINA JADUAL DAN GRAF SERTA CARTA PIE . JUM.PESERTA : 4 ORANG (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Membantu mereka meningkatkan ilmu pengetahuan dengan penggunaan microsoft word dan excel dalam proses pembelajaran mereka kelak.Sesuatu pembelajaran yang baru kepada mereka yang baru mengenali penggunaan komputer.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat mengenai pengguna dan fungsi-fungsi microsoft word dan excel terlebih dahualu.Kemudiaan mereka diberi tugasan untuk membina jadual dan membuat insert graf dan carta pie dengan menggunakan microsoft word dan excel dengan mudah dan cepat.
LAPORAN NOVEMBER - LATIHAN ASAS PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP.
TARIKH/MASA : 30.11.2017 (09.00AM-11.00AM) PROGRAM : EDIT GAMBAR . JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta sekolah rendah dan tabika kelebihan serta keistimewaan asas latihan adobe photoshop.Menarik minat mereka dalam penggunaan perisian komputer.Meningkatkan ilmu pengetahuan kepada peserta.
Aktiviti
Penerangan terperinci diberikan terlebih dahulu kepada peserta agar peserta mengenali apa itu perisian adobe photoshop dan setiap perkara-perkara yang terdapat dalam adobe photoshop.Peserta perlu mencari gambar yang sesuai dan perlu mengedit gambar tersebut dengan menarik.
LAPORAN NOVEMBER - LATIHAN ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI.
TARIKH/MASA : 30.11.2017 (11.00AM-01.00PM) PROGRAM : MEMBINA LAMAN SOSIAL DAN FACEBOOK. JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar, penggunaan komputer dan internet serta celik it dalam aktiviti harian,terutama pada masa kini yang memerlukan kemahiran dalam perkomputeran. Selain itu memberi pendedahan kepada pelajar agar para pelajar mengetahui perkembangan terkini dengan berita semasa hanya dengan melayari internet.
Aktiviti
Memberi penerangan kebaikan dan keburukan facebook pada masa kini.
Kebaikan Facebook :
1. Untuk meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.
2. Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
3. Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
4. Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
5. Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
6. Membina komuniti tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
7. Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
8. Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
9. Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
10. Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
11. Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya
Keburukan FaceBook :
1. Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.
2. Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
3. Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
4. Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sentiviti suatu masyarakat dan kaum.
5. Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
6. Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
7. Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat
Peserta dikendaki melayari google mail terlebih dahulu untuk daftar akaun email bagi yang tiada email.Setiap peserta dikehendaki mendaftar akaun facebook masing-masing dan mengguna akaun facebook untuk tambah kenalan dan bertanya khabar serta berkongsi maklumat yang berfaedah antara kenalan.