TARIKH/MASA : 14.02.2018 (2.00PM-4.00PM) PROGRAM : PENGENALAN MICROSOFT PUBLISHER. JUM.PESERTA : 8 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Memperkenalkan microsoft publisher kepada pelajar untuk mempelajari setiap fungsi-fungsi dalam microsoft publisher. Melahirkan pelajar yang celik IT dalam penggunaan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam latihan tersebut dan juga dapat meningkatkan ilmu kemahiran serta ilmu pengetahuan kepada pelajar dalam membantu mereka pada masa akan datang.
Aktiviti
Pelajar diberi tujuk ajar dalam penggunaan microsoft publisher dalam membuat kad aktiviti Selamat Tahun Baru Cina.Pelajar perlu memilih bentuk yang sesuai mengikut cita rasa mereka dan mencari corak yang menarik dengan menggunakan website google image. Mereka juga diajar cara membuat 'Copypaste' dengan mengambil bahan rujukan melalui internet kerana segala bahan rujukan banyak terdapat didalam internet.Untuk menghasilkan kad yang menarik mereka perlu memilih gambar-gambar yang sesuai dengan tema dan tajuk. Pada pengakhiran aktiviti pelajar boleh memilih untuk save as ataupun pelajar juga boleh print kad tersebut sebagai kenangan dan simpanan mereka.
LAPORAN FEBRUARI 2018 - LATIHAN ASAS PENGENALAN PERKAKASAN KOMPUTER
TARIKH/MASA : 14.02.2018 (4.00PM-6.00PM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN PERKAKASAN KOMPUTER DAN MICROSOFT WORD JUM.PESERTA : 8 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Dapat membantu pelajar mengenali setiap komponen-komponen yang terdapat pada komputer.Dapat membantu pelajar dalam penggunaan komputer dengan lebih baik setelah mereka mengetahui fungsi-fungsi dan penggunaan perkakasan komputer.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan secara terperinci pengenalan asas perkakasan komputer yang juga dikenali sebagai peranti (device). Perkakasan komputer merupakan bahagaian-bahagian membentuk sebuah komputer yang lengkap.Untuk memudahkan lagi pelajar mengenali setiap komponen atau bahagaian-bahagian komputer yang lengkap mereka diarahkan membuka website google untuk mencari bahan-bahan dan gambar-gambar setiap komponen komputer.Pelajar perlu 'copypaste' gambar tersebut dan mencari taks fungsi-fungsi setiap komponen yang ada pada sebuah komputer.Pelajar dikehendaki membuat nota simpanan daripada maklumat yang mereka perolehi dalam microsoft word dan perlu menghasilkan nota yang baik serta berkualiti sebagai rujukan kepada mereka kelak.
LAPORAN FEBRUARI 2018 - LATIHAN ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
TARIKH/MASA : 15.02.2018 (2.00PM-4.00PM) PROGRAM : MEMBINA AKAUN GMAIL DAN FACEBOOK(WEBSITE MEDIA SOSIAL). JUM.PESERTA : 13 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Email dan media facebook merupakan salah satu saluran maklumat komunikasi, dengan email juga kita dapat menyebarkan maklumat secara bertulis atau secara 'softcopy'. Pembukaan akaun email sekarang amat penting kerana semua penyebaran maklumat dapat dibuat dihujung jari sahaja. Menggalakkan belia remaja terbiasa dengan penggunaan email selain manfaatkan dengan cara yang betul.
Aktiviti
Pelajar perlu ada akaun facebook terlebih dahulu.Daftar akaun facebook bagi peserta yang tiada akaun.Bagi taklimat kelebihan dan keburukan dalam penggunaan media sosial facebook.Peserta diberi bimbingan cara untuk kongsi maklumat kepada umum dengan mencari maklumat yang benar didalam google web terlebih dahulu.Peserta dilatih untuk mencipta teks-teks yang sesuai untuk dikongsikan mengikut kesesuaian tajuk yang mereka ingin kongsikan.Salin maklumat dalam google web berdasarkan tajuk yang mereka pilih sendiri kemudian baru diletakan dalam pages facebook masing-masing untuk dikongsikan.Memudahkan peserta berhubung antara satu sama lain diantara mereka.
LAPORAN FEBRUARI 2018 - LATIHAN ASAS MICROSOFT OFFICE (WORD)
TARIKH/MASA : 15.02.2018 (4.00PM-5.00PM) PROGRAM : PENGENALAN MICROSOFT WORD (SURAT UNTUK IBU/BAPA @ SAJAK UNTUK IBU/BAPA). JUM.PESERTA : 13 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Melahirkan pelajar celik it dari segi penggunaan komputer, bukan sekadar penggunaan internet semata-mata. Pelajar turut didedah penggunaan Microsoft Office.
Aktiviti
Pelajar diberi tunjuk ajar penggunaan Microsoft Word iaitu dengan membuat perenggan dan penukaran bentuk serta size tulisan. Mereka juga diajar cara membuat 'Copypaste' dengan mengambil bahan rujukan melalui internet kerana segala bahan rujukan banyak didalam internet. Pelajar perlu memilih salah satu tajuk yang telah diberikan dan menaip sajak/surat untuk ibu/bapa mereka mengikut perasaan mereka sendiri(mengikut emosi apa yang mereka rasakan). Pelajar juga boleh mencari maklumat dan bahan dalam internet sebagai rujukan untuk menghasilkan surat/sajak yang baik dan menarik. Kebanyakan pelajar memohon kepada petugas untuk print salinan tersebut untuk simpanan dan diberikan kepada ibubapa masing-masing.
LAPORAN FEBRUARI 2018 - GOOGLE IMAGES & LATIHAN ASAS MICROSOFT OFFICE (WORD)
TARIKH/MASA : 15.02.2018 (5.00PM-6.00PM) PROGRAM : GOOGLE IMAGES &PENGENALAN MICROSOFT WORD (BUAT KERTAS KERJA SENI ARCA HIASAN DINDING). JUM.PESERTA : 3 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Dapat membantu menyiapkan kertas kerja pendidikan seni yang diberikan oleh guru sekolah pelajar dengan cepat, tepat dan menarik. Memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar sekolah dari mereka tidak dapat dan tidak pandai menggunakan komputer untuk menyiapkan kertas kerja mereka kepada mereka dapat memilih gambar yang sesuai dengan tajuk yang diberikan dengan betul serta menarik. Keadaan ini dapat menghasilkan kertas kerja yang betul dan sempurna serta pelajar kelihatan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Aktiviti
Pelajar perlu mancari gambar-gambar (images) yang sesuai dengan tajuk yang telah diberikan oleh guru mereka iaitu arca hiasan dinding bertemakan kuasa air.Pelajar perlu mnggunakan aplikasi google images untuk mencari arca tersebut dan copypaste gambar tersebut.Pelajar perlu memilih seberapa banyak gambar yang mereka kehendaki. Gambar-gambar yang dipilih perlu disunting dengan menggunakan microsoft word. Pelajar menyunting saiz gambar mengikut saiz yang diberikan oleh guru mereka.