TARIKH/MASA : 05.03.2018 (2.00PM-5.00PM) PROGRAM : GOOGLE IMAGES &PENGENALAN MICROSOFT WORD & POWER POINT. (BUAT KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI TINGKATAN 5). JUM.PESERTA : 15 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu pelajar tingkatan 5 untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sekolah mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kerja kursus pendididkan seni mempunyai beberapa tajuk yang perlu dipilih oleh pelajar dengan latihan ini pelajar dapat memilih tajuk yang sesuai dengan teme dan syarat yang telah ditetapkan setelah di beri bimbangan dan nasihat oleh petugas Pusat Internet (PI). Pelajar dapat menghasilkan kerja kursus yang menarik dan mudah malah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan untuk pelajar pada masa akan datang.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu oleh petugas PI apa fungsi aplikasi internet dalam membantu kerja kursus mereka dan apa laman web yang sesuai untuk mereka layari agar lebih mudah dan cepat. Kerja kursus pendidikan seni pada dasarnya perlu disiapkan oleh setiap orang individu masing-masing dengan memilih tajuk yang sesuai.Untuk memudahkan pelajar mencari gambar-gambar yang dikehendaki pelajar perlu menggunakan laman web google images untuk memudahkan kerja tersebut petugas membahagikan pelajar dalam kumpulan dan mencari gambar-gambar yang berbeza tajuk. Setelah setiap kumpulan menyiapkan tugasan mereka dengan mengumpul berapa banyak gambar yang mereka kehendaki dan setiap kumpulan perlu menukar serta berkongsi gambar antara semua kumpulan. Semua pelajar mendapat banyak gambar dengan mudah dan cepat hanya dengan berkongsi gambar antara kumpulan. Pelajar membuat suntingan gambar tersebut mengikut kehendak masing-masing dengan menggunakan microsoft word. Ada diantara pelajar suka membuat suntingan gambar menggunakan microsoft power point.