TARIKH/MASA : 17.05.2018 (03.00PM-05.00PM) PROGRAM : MENCIPTA KAD AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADHAN JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH) LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Memperkenalkan microsoft publisher kepada pelajar untuk mempelajari setiap fungsi-fungsi dalam microsoft publisher. Melahirkan pelajar yang celik IT dalam penggunaan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam latihan tersebut dan juga dapat meningkatkan ilmu kemahiran serta ilmu pengetahuan kepada pelajar dalam membantu mereka pada masa akan datang.
Aktiviti
Pelajar diberi tujuk ajar dalam penggunaan microsoft publisher dalam membuat kad aktiviti Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.Pelajar perlu memilih bentuk yang sesuai mengikut cita rasa mereka dan mencari corak yang menarik dengan menggunakan website google image. Mereka juga diajar cara membuat 'Copypaste' dengan mengambil bahan rujukan melalui internet kerana segala bahan rujukan banyak terdapat didalam internet.Untuk menghasilkan kad yang menarik mereka perlu memilih gambar-gambar yang sesuai dengan tema dan tajuk. Pada pengakhiran aktiviti pelajar boleh memilih untuk save as ataupun pelajar juga boleh print kad tersebut sebagai kenangan dan simpanan mereka.
______________________________________________________________________________________________________