TARIKH/MASA : 24.11.2018 (08.30AM-01.30PM) PROGRAM : "JOM SIHAT" PUSAT INTERNET BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG JUM.PESERTA : 105 ORANG (KOMUNITI) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mempromosi salah satu kemudahan yang telah disediakan di Pusat Internet iaitu Myhealth v2 selain daripada kemudahan IT seperti mencetak, fotostat dan sebagainya. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat dengan pusat internet.
Aktiviti
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran pengunjung. Seterusnya taklimat ringkas oleh pengerusi program berkaitan program yang dijalankan kepada peserta yang hadir. Pemeriksaan kesihatan dimulakan dengan mengambil maklumat - maklumat penting seperti bacaan tekanan darah, ukur lilit pinggang, bacaan berat badan, tinggi peserta dan seterusnya bacaan glukos dalam darah. Program ini juga diselit dengan aktiviti yang menarik iaitu pertandingan memasak sarapan pagi yang sihat, mewarna poster makanan sihat, ceramah yang agak menarik disampaikan oleh Dr.Mohd Arif, Ceramah dari anggota rela yang bertajuk langkah-langkah keselamatan semasa mehadapi ancaman banjir dan perbagai lagi aktiviti yang menarik telah dijalankan malah hadiah yang cukup menarik juga telah disediakan untuk peserta. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama dari Klinik Kesihatan Jabi, para usahawan IKS tempatan dan penceramah dari anggota rela juga turut menjayakan program ini.
- Seterusnya
- Seterusnya >>