TARIKH/MASA : 14.02.2020 (11.00AM-01.00PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS LAMAN WEB & ASAS PENGENALAN INTERNET JUM.PESERTA : 15 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Latihan e-pembelajaran ini bertujuan bagi membantu pelajar sekolah untuk meningkatkan ilmu dalam proses pembelajaran mereka. Latihan asas matematik tahun 1 dan tahun 2 dengan bantuan melayari internet untuk membuat latihan berdasarkan tajuk yang telah mereka tonton video dalam you tube semasa sesi pertama pembelajaran.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu mengenai tajuk yang perlu mereka pelajari. Untuk meneruskan pembelajaran mereka seterusnaya mereka perlu malayari internet untuk mencari latihan yang sesuai dengan tajuk yang telah dipelajari. Untuk sesi ke-2 mereka melayari internet dan membuat latihan dengan menjawab semua soalan. Soalan yang dijawab diberi bimbingan dan tunjuk ajar oleh petugas agar mereka seronok dan menjawab dengan betul. Kelas dan latihan ini di akhiri dengan menjawab soalan kuiz.