TARIKH/MASA : 15.02.2020 (09.00AM-11.00AM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS MICROSOFT WORD & FUNGSI-FUNGSINYA JUM.PESERTA : 7 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan atau aplikasi yang terdapat didalam komputer. Mereka didedahkan kepada Microsoft Word supaya dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft tersebut. Malah akan dapat membantu pelajar pada masa akan datang.
Aktiviti
Perisian Microsoft Word digunakan dalam aktiviti menyiapkan/mencipta biodata diri .Pelajar perlu menyiapkan biodata diri dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh petugas Pusat Internet. Latihan ini dijalankan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar agar dapat menghasilkanaktiviti/kerja yang menarik dan tepat dengan tema yang telah diberikan dan tidak lari dari tajuk. Pelajar dapat menyiapkan biodata diri tersebut dengan baik dan menarik. Pelajar simpan dalam file (save as) dan print kertas kerja mereke malah pelajar berpuas hati dengan latihan dan bimbingan yang diberikan oleh petugas.
- Seterusnya
- Seterusnya >>