TARIKH/MASA : 21.02.2020 (09.30AM-11.30AM) PROGRAM : PEMBELAJARAN SECARA MENUAL DENGAN MEMBUAT ULANGKAJI PELAJARAN MATEMATIK. JUM.PESERTA : 15 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu pelajar sekolah dalam meningkatkan ilmu dalam mata pelajaran matematik. Belajar secara mudah dangan menggunakan penerangan serta cara belajar yang baik. Latihan ini dapat membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran mereka dengan bantuan dan bimbingan dari petugas. Meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar agar mereka seronok dan hubungan pelajar dengan petugas akrab serta baik.
Aktiviti
Latihan ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dari tahun 1 dan tahun 2. Pelajar terlebih dahulu diberi penerangan mengenai tajuk bilangan dan susun objek dengan betul serta nilai tambah dan tolak yang mudah. Pelajar perlu membuat latihan dengan menjawab soalan ujian yang diberikan oleh mereka berdasarkan tajuk yang telah dipelajari. Petugas akan semak jawapan dan memberi penerangan untuk setiap jawapan.