TARIKH/MASA : 07.11.2020 (09.30AM - 04.30PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS MICROSOFT WORD & MICROSOFT EXCEL JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan atau aplikasi yang terdapat didalam komputer. Mereka didedahkan kepada Microsoft Word & microsoft excel supaya dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft word tersebut dalam membuat kertas kerja untuk dihantar. Malah akan dapat membantu pelajar pada masa akan datang.
Aktiviti
Perisian Microsoft Word dan excel digunakan dalam aktiviti menyiapkan kertas kerja yang diberi oleh guru mereka.Pelajar perlu menyiapkan kertas kerja mata pelajaran prinsip akaun dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru mereke dan minggu ini adalah minggu akhir penghantaran. Latihan ini mengambil masa yang lama memandangkan pelajar ingin menyiapkan kerja kursus mereka pada hari ini. Latihan ini dijalankan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk menghasilkan kertas kerja yang menarik dan tepat dengan tema yang telah diberikan dan tidak lari dari tajuk. Pelajar dapat menyiapkan kertas kerja tersebut dengan baik dan menarik. Pelajar save as dan print kertas kerja mereke malah pelajar berpuas hati dengan latihan dan bimbingan yang diberikan oleh petugas.
- Seterusnya
- Seterusnya >>