TARIKH/MASA : 18.02.2022 (03.00 PM-05.00 PM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN INTERNET (LAMAN WEB) JUM.PESERTA : 1 ORANG (WANIATA) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan kepada pengguna golongan wanita untuk mendapatkan khidmat jalur lebar bagi mendapatkan maklumat, carian, pengisian borang dan sebagainya.
AKTIVITI
Menggunakan kemudahan dan latihan yang diberikan bagi pengisian borang secara atas talian dengan bantuan petugas.
TARIKH/MASA : 15.02.2022 (03.00 PM-05.00 PM) PROGRAM : ASAS KEUSAHAWANAN (MEDIA SOSIAL & WASSAP WEB) JUM.PESERTA : 1 ORANG (DEWASA) LOKASI/TEMPAT : PEDI KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan khidmat jalur lebar bagi mendapatkan maklumat, carian, pengiklanan dan sebagainya.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan asas pengenalan aplikasi internet terlebih dahulu dan kepentingan facebook serta menggunakan wassap web untuk salin/copy iklan dalam wassap perniagaan beliau. Pendaftaran facebook beserta melatih beliau untuk membuat tek-tek yang sesuai untuk mengiklankan produk-produk beliau. Mencari rujukan contoh-contoh ayat iklan tersebut sesuai dan menarik untuk di iklankan dalam akaun FB beliau agar sesuai da menarik minat orang awam untuk membuat pembelian dan tempahan produk beliau. Beliau sempat mempromosikan/iklan produk beliau dalm beberapa group/kumpulan perniagaan.
TARIKH/MASA : 08.02.2022 (02.30 PM - 05.30 PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS MICROSOFT WORD & FUNGSI-FUNGSINYA JUM.PESERTA : 2 ORANG (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Menggalakkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Word. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk dokumen kelihatan lebih kemas dan menarik.
Aktiviti
Peserta diberi latihan untuk manaip surat rasmi mengikut format yang betul dan menggunakan Microsoft Word untuk 'editing Surat Rasmi'. Untuk kelihatan kemas dan menarik, surat haruslah dibuat kelainan dengan dengan menggunakan menu insert, menu picture, clipart dan lain-lain. Menu picture digunakan untuk lampiran bergambar. Peserta berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan oleh petugas.
TARIKH/MASA : 11.02.2022 (03.00 PM-05.00 PM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN INTERNET (LAMAN WEB) JUM.PESERTA : 2 ORANG (DEWASA) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu pengguna dan melayari laman web yang baru diperkenalkan iaitu emunakahat.teremgganu.gov.my untuk mengisi dan mendaftar borang kahwin secara online. Mereka memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dari pada petugas kerana pengisian borang secara online baru diperkenalkan sebelum ini pengisian borang adalah secara menual. Petugas pula mencari maklumat dan belajar terlebih dahulu mengenai sistem tersebut untuk diberi penerangan secara terperinci kepada mereka agar tidak melakukan kesilapan semasa pengisian borang online.
Aktiviti
Petugas melayari internet menggunakan laman web google untuk mencari maklumat terperinci mengenai emunakahat terengganu terlebih dahulu dan bagaimana cara pengisian borang tersebut dan kemudian petugas pusat internet memberi penerangan kepada mereka. Pengguna/user perlu mendaftar dalam sisten emunakahat untuk daftar kata laluan terlebih dahulu sebelum masuk dalam laman web untuk mengisi borang. Peserta berjaya mengisi kesemua maklumat sehingga siap dan muat turun borang HIV untuk membuat test di klinik. Pengguna print borang tersebut untuk dikemukakan kepejabat agama daerah besut. Pengguna begitu berpuas hati dengan bantuan yang diberikan oleh petugas.
TARIKH/MASA : 04.02.2022 (02.30PM-05.30PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS INTERNET & LAMAN WEB JUM.PESERTA : 5 ORANG (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PEDI KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Meningkatkan lagi ilmu kemahiran kepada para peserta dalam penggunaan asas teknologi maklumat dan memberi tunjuk ajar yang berfaedah agar dapat di gunakan pada masa akan datang.
Aktiviti
Pengenalan asas laman web google dan dan mencari gambar-gambar yang sesuai menggunakan laman web google images serta mengumpul maklumat. Menggunakan microsoft word untuk kemaskini maklumat.