TARIKH/MASA       : 20.09.2021 (09.00AM-12.00PM)

PROGRAM            :  E-PEMBELAJARAN (MENJAWAB SOALAN KUIZ SECARA ONLINE PELAJAR IPTA)

JUM.PESERTA      : 1 ORANG (BELIA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KOMUNITI KG ANAK MUSANG

 

TUJUAN

Meningkatkan lagi ilmu kemahiran kepada para peserta dalam penggunaan asas teknologi maklumat dan memberi tunjuk ajar yang berfaedah agar dapat di gunakan pada masa akan datang.

AKTIVITI

Menggunakan kemudahan wifi untuk menjawab soalan kuiz secara online bagi pelajar IPTA untuk 2 mata pelajaran iaitu sesi pertama dan sesi kedua.

Gambar disini


 

 

TARIKH/MASA       : 19.09.2021 (10.00AM-01.00PM)

PROGRAM            :  PENGENALAN ASAS INTERNET (YOUTUBE)

JUM.PESERTA      : 1 ORANG (BELIA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KOMUNITI KG ANAK MUSANG

 

TUJUAN

Menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PIK untuk merapatkan jurang dijital dan memafaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk komuniti setempat.

AKTIVITI

Melayari talian internet yang lebih baik dari internet dirumah untuk muat turun video didalam youtube dan di masukan ke dalam CD. 

Gambar disini


 

 

TARIKH/MASA       : 11.09.2021 (09.30AM-12.30PM)

PROGRAM            :  PENGENALAN ASAS INTERNET (eMunakahat Terengganu)

JUM.PESERTA      : 2 ORANG (BELIA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KOMUNITI KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Membantu pengguna dan melayari laman web yang baru diperkenalkan iaitu emunakahat.teremgganu.gov.my untuk mengisi dan mendaftar borang kahwin secara online. Mereka memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dari pada petugas kerana pengisian borang secara online baru diperkenalkan sebelum ini pengisian borang adalah secara menual. Petugas pula mencari maklumat dan belajar terlebih dahulu mengenai sistem tersebut untuk diberi penerangan secara terperinci kepada mereka agar tidak melakukan kesilapan semasa pengisian borang online.

Aktiviti

Petugas melayari internet menggunakan laman web google untuk mencari maklumat terperinci mengenai emunakahat terengganu terlebih dahulu dan bagaimana cara pengisian borang tersebut dan kemudian petugas pusat internet memberi penerangan kepada mereka. Pengguna/user perlu mendaftar dalam sisten emunakahat untuk daftar kata laluan terlebih dahulu sebelum masuk dalam laman web untuk mengisi borang. Peserta berjaya mengisi kesemua maklumat sehingga siap dan muat turun borang HIV untuk membuat test di klinik. Pengguna print borang tersebut untuk dikemukakan kepejabat agama daerah besut. Pengguna begitu berpuas hati dengan bantuan yang diberikan oleh petugas.

Gambar disini

 

TARIKH/MASA       : 12.09.2021 (09.30AM-12.30PM)

PROGRAM            :  PENGENALAN ASAS INTERNET & MICROSOFT WORD RESUME

JUM.PESERTA      : 1 ORANG (BELIA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KOMUNITI KG ANAK MUSANG

 

TUJUAN

Menggalakkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Word. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk dokumen kelihatan lebih kemas dan menarik.

AKTIVITI

Pelajar IPTA menggunakan Microsoft Word untuk 'editing  Resume'. Untuk kelihatan kemas dan menarik, resume haruslah dibuat kelainan dengan dengan menggunakan menu insert, menu picture, clipart dan lain-lain yang dilengkapi gambr-gambar dengan ukuran yang sesuai dan penggunaan warna yang menarik untuk resume. Beliau menggunakan laman web untuk memberi maklum balas penerimaan bekaitan temuduga jawatan bomba untuk penghantaran dokumen diri secara atas talian untuk muat naik dalam laman web tersebut.

Gambar disini


 

 

TARIKH/MASA       : 08.09.2021 (09.30AM-11.30AM)

PROGRAM            :  PENGENALAN ASAS INTERNET (WHATSAPP WEB & MICROSOFT WORD)

JUM.PESERTA      : 1 ORANG (WANITA/BELIA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KOMUNITI KG ANAK MUSANG

 

TUJUAN

Menggunakan perkhidmatan/kemudahan  yang disediakan di PIK untuk menyiapkan kertas kerja beliau.

AKTIVITI

Menggunakan whatsapp web untuk muat turun gambar dan bahan-bahan di dalam telepon beliau. Menggunakan microsoft word untuk edit gambar.

Gambar disini