TARIKH/MASA : 17.03.2021 (10.00AM - 12.00PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS LAMAN WEB GOOGLE IMAGES JUM.PESERTA : 2 ORANG (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih mendalami lagi ilmu dalam penggunaan aplikasi internet untuk membantu pelajar dalam menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan penggunaan aplikasi internet. Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dalam membantu mereka untuk masa akan datang. Dengan latihan ini dapat memperluaskan lagi ilmu dan kemahiran kepada pelajar.
Aktiviti
Pelajar perlu mancari gambar-gambar (images) yang sesuai dengan tajuk yang telah diberikan oleh guru mereka iaitu arca hiasan dinding bertemakan kuasa air.Pelajar perlu mnggunakan aplikasi google images untuk mencari arca tersebut dan copypaste gambar tersebut.Pelajar perlu memilih seberapa banyak gambar yang mereka kehendaki. Gambar-gambar yang dipilih perlu disunting dengan menggunakan microsoft word. Pelajar menyunting saiz gambar mengikut saiz yang diberikan oleh guru mereka.
TARIKH/MASA : 15.03.2021 (10.00AM-12.00PM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN INTERNET (LAMAN WEB) JUM.PESERTA : 1 ORANG (PELAJAR LEPASAN SEKOLAH MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KOMUNITI KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan khidmat jalur lebar bagi mendapatkan maklumat, carian, pengisian borang atas talian dan sebagainya.
AKTIVITI
Membantu pelajar lepasan sekolah untuk pengisian borang secara atas talian. Pengisian borang upu dan matrikulasi pada fasa pertama.
TARIKH/MASA : 10.03.2021 (10.00AM-12.00PM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN INTERNET (LAMAN WEB E-MUNAKAHAT) JUM.PESERTA : 1 ORANG (WANITA/SURI RUMAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KOMUNITI KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu pengguna dan melayari laman web yang baru diperkenalkan iaitu emunakahat.teremgganu.gov.my untuk mengisi dan mendaftar borang kahwin secara online. Mereka memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dari pada petugas kerana pengisian borang secara online baru diperkenalkan sebelum ini pengisian borang adalah secara menual. Petugas pula mencari maklumat dan belajar terlebih dahulu mengenai sistem tersebut untuk diberi penerangan secara terperinci kepada mereka agar tidak melakukan kesilapan semasa pengisian borang online.
Aktiviti
Petugas melayari internet menggunakan laman web google untuk mencari maklumat terperinci mengenai emunakahat terengganu terlebih dahulu dan bagaimana cara pengisian borang tersebut dan kemudian petugas pusat internet memberi penerangan kepada mereka. Pengguna/user perlu mendaftar dalam sisten emunakahat untuk daftar kata laluan terlebih dahulu sebelum masuk dalam laman web untuk mengisi borang. Peserta berjaya mengisi kesemua maklumat sehingga siap dan muat turun borang HIV untuk membuat test di klinik. Pengguna print borang tersebut untuk dikemukakan kepejabat agama daerah besut. Pengguna begitu berpuas hati dengan bantuan yang diberikan oleh petugas
TARIKH/MASA : 13.03.2021 (02.30PM-04.30PM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN INTERNET (LAMAN WEB) JUM.PESERTA : 1 ORANG (WANITA/SURI RUMAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KOMUNITI KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Dapat membantu komuniti setempat dalam urusan penggunaan ICT dalam urusan penting. Komuniti lebih selesa dengan perkhidmatan yang diberikan dan juga petugas turut membantu komuniti dalam penggunaan/melayari internet sekiranya mereka tidak biasa dalam penggunaan komputer. Komuniti tidak kekok untuk bertanya petugas sekiranya mereka tidak pandai untuk mengisian borang secara online. Dimana petugas akan membantu sehingga selesai pengisian borang dan berjaya agar komuniti berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh petugas.
Aktiviti
Latihan ini dihadiri oleh 1 orang peserta dari golongan wanita untuk pengisian borang secara online Menggunakan laman web public.moe.gov.my. Petugas memastikan web site adalah betul dan borang yang betul telah dipaparkan. Golongan kaum ibu membuat permohonan online ke tahun 1 dan prasekolah untuk kemasukan tahun 2022/2023.
TARIKH/MASA : 06.03.2021 (02.30PM-05.30PM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN MS WORD & MS PUBLISHER JUM.PESERTA : 4 ORANG (WANITA/BELIA) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KOMUNITI KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI1M serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenai komputer.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan bagi membantu guru tabika dalam penggunaan perisisan komputer dengan betul untuk menyiapkan bahan kerja mengajar mereka. Petugas TABIKA menggunakan microsoft publisher untuk menyiapkan bahan-bahan mengajar beliau untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Kelas microsoft word juga dijalankan bagi membantu golongan belia untuk menaip resume. Pelajar lepasan IPTA menggunakan Microsoft Word untuk 'editing Resume'. Untuk kelihatan kemas dan menarik, resume haruslah dibuat kelainan dengan dengan menggunakan menu insert, menu picture, clipart dan lain-lain yang dilengkapi gambr-gambar dengan ukuran yang sesuai dan penggunaan warna yang menarik untuk resume.