TARIKH/MASA : 04.05.2019 (09.00AM-01.00PM SESI 1)(02.00PM-06.00PM SESI 2) PROGRAM : BENGKEL ASAS MICROSOFT WORD BERSAMA STAF MPKK JUM.PESERTA : 40 ORANG (DEWASA/WANITA/BELIA) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET SEBERANG JERTEH |
Tujuan
Menggalakkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Word. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk dokumen kelihatan lebih kemas dan menarik. Bengkel ini dijalankan bagi membantu peserta dalam pekerjaan mereka seharian yang melibatkan penggunaan Microsoft office terutamanya microsoft word. Agar peserta akan lebih mahir lagi dalam penggunaan aplikasi ini dan menyenangkan mereka pada masa akan datang.
Aktiviti
Peserta diberi latihan untuk manaip surat rasmi mengikut format yang betul dan menggunakan Microsoft Word untuk 'editing Surat Rasmi'. Untuk kelihatan kemas dan menarik, surat haruslah dibuat kelainan dengan dengan menggunakan menu insert, menu picture, clipart dan lain-lain. Menu picture digunakan untuk lampiran bergambar. Peseta juga diberi beberapa latihan yang sesuai bagi membantu mereka agar lebih mahir lagi dalam penggunaan microsoft word dalam 2 sesi iaitu sesi 1 sebelah pagi dan sesi ke-2 sebelah petang. Peserta berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan oleh petugas.
TARIKH/MASA : 02.05.2019 (03.15PM-04.15PM) PROGRAM : PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SMA ITTIFAKIAH JUM.PESERTA : 280 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : DEWAN SMA ITTIFAKIAH |
Tujuan
Mengadakan beberapa aktiviti untuk memperkenalkan Pusat Internet (PI) kepada masyarakat umum agar mereka lebih dekat lagi dengan PI malah pihak PI juga memberi hadiah-hadiah yang menarik untuk Pelajar dan kakitangan SMA ITTIFAKIAH yang mengikuti program dan aktiviti PI. Aktiviti yang kemuncak diperkenalkan dan diberi taklimat adalah aktiviti KDB untuk warga SMA ITTIFAKIAH.
Aktiviti
- Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
- -Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
- -Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
- -Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
- -Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
- -Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
- Gambar disini
TARIKH/MASA : 13.04.2019 (10.00AM-12.00PM) PROGRAM : MENGGUNA MICROSOFT WORD UNTUK MEMBUAT PAMPLETE JUM.PESERTA : 2 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan atau aplikasi yang terdapat didalam komputer. Mereka didedahkan kepada Microsoft Word supaya dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft word tersebut dalam membuat pamplete. Malah akan dapat membantu pelajar pada masa akan datang.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu fungsi-fungsi dan penggunaan microsoft word terlebih dahulu. Kemudian pelajar membuat pamplete pengiklanan produk makanan menggunakan microsoft word dengan mengguna fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi microsoft word. Pelajar dapat menghasilkan pemplete yang menarik dan kemas hasil dari bimbangan dan kelas yang diberikan oleh petugas.
TARIKH/MASA : 16.04.2019 (12.00PM-03.00PM) PROGRAM : PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR SMK RENEK PROGRAM ANJURAN BERSAMA KLUSTER BESUT JUM.PESERTA : 120 ORANG (SMK RENEK) LOKASI/TEMPAT : DEWAN SMK RENEK |
Tujuan
Mengadakan beberapa aktiviti untuk memperkenalkan Pusat Internet (PI) kepada masyarakat umum agar mereka lebih dekat lagi dengan PI malah pihak PI juga memberi hadiah-hadiah yang menarik untuk Pelajar dan kakitangan SMK Renek yang mengikuti program dan aktiviti PI. Aktiviti yang kemuncak diperkenalkan dan diberi taklimat adalah aktiviti KDB untuk warga SMK Renek.
Aktiviti
- Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
- -Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
- -Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
- -Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
- -Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
- -Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
TARIKH/MASA : 12.04.2019 (02.30PM-04.30PM) PROGRAM : MENGGUNA PANDUAN YOUTUBE UNTUK MEMBUAT ORIGAMI YANG MENARIK JUM.PESERTA : 6 ORANG (PELAJAR SEK RENDAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI1M serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenai komputer.
Aktiviti
Pelajar perlu melayari laman web youtube untuk menonton video bagaimana cara untuk membuat origami mengguna kertas untuk menhasilkan sesuatu yang menarik. Pelajar diberi bahan kertas warna dan gunting sambil menonton dan meniru cara membuat origami dongpet duit/bag duit dan membuat seekor katak yang cantik dan menarik. Pelajar dapat menyiapkan beberapa origami yang menarik dan cantik. Pelajar begitu berpuah hati dangan hasil origami mereka.