Tarikh : 9 NOV 2023
Masa : 10.00 AM - 11.00 AM
Lokasi : PEDi LAY OUT
Peserta :32 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk mendigitalkan perniagaan .

Aktiviti

 Kelas ini diadakan khas kepada para usahawan IKS secara face to face. Peserta terdiri daripada usahawan daripada pelabagai jenis perniagaan dan umur. Kelas dikendalikan oleh consultant dari pihak TM dan Rakan Digital (RD) yang dilantik oleh pihak PEDi. Peserta diajar cara untuk berniaga secara digital bersesuaian dengan arus perkembangan teknologi semasa. Peserta berpuas hati dan berharap kelas sebegini diadakan lagi di masa hadapan.

Gambar disini


 

TARIKH/MASA       :  06.11.2023 (10.30 AM - 12.30 PM)

PROGRAM            :  PENGISIAN BORANG DAN KEMASKINI SHOPEE & LAZADA

JUM.PESERTA      : 1 ORANG ( DEWASA/WANITA )

LOKASI/TEMPAT   : PEDi KG ANAK MUSANG

 

TUJUAN

Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan khidmat jalur lebar bagi mendapatkan maklumat, carian, pengiklanan dan sebagainya.

AKTIVITI

Menggunakan laman web shopee untuk kemaskini produk baru atas talian dan melihat jualan produk beliau dalam kedai shopee akaun beliau.Beliau juga menggunakan akaun Facebook untuk mengemaskini iklan perniagaan beliau yang terkini.

Gambar disini


 

 

ARIKH/MASA       :  16.10.2023 (10.30 AM - 12.30 PM)

PROGRAM            :  PENGISIAN BORANG MODAL NIAGA ATAS TALIAN WEB SITE MAIDAM

JUM.PESERTA      : 1 ORANG ( DEWASA/WANITA )

LOKASI/TEMPAT   : PEDi KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan khidmat jalur lebar bagi mendapatkan maklumat, carian, pengisian borang dan sebagainya.

Aktiviti

Golongan wanita pula membuat pengisian bantuan maidam untuk memohon dalam bahagian sosial dan ekonomi bagi memohon untuk modal niaga untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka juga membuat pengesahan maklumat sebelum pengisian  borang bagi memastikan penyebaran maklumat itu betul dan sahih.

Gambar disini


 

 

TARIKH/MASA       :  21.10.2023 ( 2.30 PM - 5.30 PM)

PROGRAM            :  MENGGUNAKAN CANVA BAGI MENCIPTA RESUME YANG MENARIK & BETUL

JUM.PESERTA      : 2 ORANG ( PELAJAR LEPASAN IPTA )

LOKASI/TEMPAT   : PEDi KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana membuat resume.

Aktiviti

Kelas ini diadakan khas kepada para komuniti setempat menggunakan format canva atas talian bagi menghasilkan resume yang menarik dan betul. Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk membina resume supaya resume yang dibina memenuhi kehendak majikan. Sebuah resume yang baik adalah resume yang ringkas tetapi padat. Peserta diajar cara untuk membina ayat yang sesuai dan memilih maklumat yang bersesuaian untuk dimasukkan kedalam resume.

Gambar disini


 

TARIKH/MASA       :  15.10.2023 ( 2.30 PM - 5.30 PM)

PROGRAM            :  MENGGUNAKAN ICT UNTUK MENGUMPUL VIDEO  YANG BERUNSUR PENDIDIKAN

JUM.PESERTA      : 2 ORANG ( PELAJAR SEKOLAH MEN )

LOKASI/TEMPAT   : PEDi KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Membantu pelajar untuk download video dalam youyube yang berunsur pendidikan. Pelajar dapat menyiapkan kerja dengan baik mengguna bantuan petugas.

Aktiviti

Pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka untuk mengumpul video berunsur pendidikan dan dikongsikan dalam group kumpulan telegrem pelajar. video yang di download/dicari perlulah sesuai dengan tema dan tajuk yang telah diberikan oleh guru mereka.

Gambar disini