USAHAWANAN ONLINE - ROSYAMIMI BINTI MOHD RAZALI (Q1)

Nama

Rosyamimi Binti Razali

Umur

23 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

011-18552562

Alamat

Kg Anak Musang, 22020 Jerteh, Besut, Terengganu

Shopee

https://shopee.com.my/syhamimi

Whatsapp

http://www.wasap.my/01125627880

 

ROSYAMIMI

 

Bentuk perniagaan

 Menjual tudung bawal cotton kosong dan bercorak dengan pelbagai warna serta corak yang menarik dengan fabrik kain yang selesa serta harga mampu milik.

Kisah kejayaan

Latar belakang

Rosyamimi merupakan seorang pelajar di UITM Puncak Alam dalam bidang reka bentuk. Beliau juga berminat untuk menjadi usahawan atas talian sejak 2019 iaitu sejak dari bangku sekolah. Beliau menjual produk tudung secara offline dan online disamping melakukan penghantaran COD ke seluruh sekitar Besut. Beliau bermula disebabkan oleh minat yang terlalu mendalam dalam bidang perniagaan.Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Anak Musang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM700.


 

USAHAWANAN ONLINE - NIK NOR SYAIDATUL AKMA BINTI ROSDI (Q2)

Nama

Nik Nor Syaidatul Akma Binti Rosdi

Umur

25 tahun

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

017-9235866

Alamat

Kg Padang Lengkuas, 22020 Jerteh, Besut, Terengganu

Shopee

https://shopee.com.my/akmacookies

Whatsapp

http://www.wasap.my/0179235866

 

NIK NOR

Bentuk perniagaan

Menjual Bouquet Box tudung yang sesuai kepada semua golongan dan usia. Produk yang dijual mempunyai pelbagai saiz dan corak serta harga yang pelbagai mengikut permintaan pelanggan. Gubahan dan citarasa corak juga mengikut permintaan pelanngan.Produk ini sesuai untuk Wanita.

Kisah kejayaan

Latar belakang

Nik Nor Syaidatul merupakan seorang Wanita yang cekal dalam perniagaan dan mempunyai pelbagai kemahiran dalam dekorasi serta gubahan. Beliau juga berminat untuk menjadi usahawan atas talian sejak 2021 iaitu sejak melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian di Kuala Terengganu. Beliau menjual produk Bouquet Box tudung secara offline dan online disamping melakukan penghantaran COD ke seluruh sekitar Besut. Beliau bermula disebabkan oleh minat yang terlalu mendalam dalam bidang perniagaan.Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Anak Musang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000.