SEJARAH KAMPUNG
Pengenalan
Sejarah Kampung Anak Musang menurut Harun Bin Said 93 tahun bermula dengan penemuan seekor anak musang oleh salah seorang penduduk kampung.
Harun Bin Said merupakan salah seorang penduduk asal Kampung Anak Musang menceritakan keadaan geografi Kampung Anak Musang pada awalnya adalah satu kawasan yang dipenuhi oleh hutan tebal. Kawasan hutan tersebut diterokai oleh penduduk kampung yang dating berhijrah ke daerah Besut.
Kampung Anak Musang diperolehi sempena dengan nama seekor binatang iaitu anak musang yang sedang menangis kerana kehilangan ibunya didalam sebatang kayu yang berlubang.
Salah seorang daripada penduduk kampung yang meneroka kawasan tersebut telah mengambil anak musang tersebut dan memeliharanya. Menurut beliau lagi, melalui rentetan peristiwa tersebut semua penduduk kampung telah bersetuju untuk menamakan Kampung Anak Musang dengan nama “Kampung Anak Musang” sehinggalah sekarang.
Pada awal penubuhan Kampung Anak Musang, kegiatan utama penduduk kampung adalah pesawah atau menanam padi.
SUMBER: PENDUDUK KAMPUNG (HARUN BIN SAID)