TARIKH/MASA : 10.12.2022 (09.30 AM - 11.30 PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS MICROSOFT WORD & FUNGSI-FUNGSINYA JUM.PESERTA : 2 ORANG (DEWASA) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Menggalakkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Word. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk dokumen kelihatan lebih kemas dan menarik.
Aktiviti
Peserta menggunakan microsoft word untuk menaip surat rasmi bagi kegunaan mereka menaip surat permohonan bantuan dengan jabatan yang dipohon.
TARIKH/MASA : 18.08.2022 (09.00 AM - 01.00 PM) PROGRAM : PERMAINAN ATAS TALIAN ABCYA.COM/COLORING4ALL DAN KDB TONTON VIDEO JUM.PESERTA : 18 ORANG (PELAJAR & PETUGAS TABIKA KEMAS) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu kanak-kanak TABIKA untuk lebih membiasakan diri dengan penggunaan internet dan komputer. Program ini juga merapatkan hubungan antara pusat ekonomi digital dengan tabika kemas. Dengan aktiviti yang bermanafaat untuk kanak-kanak agar mereka tidak kekok dalam penggunaan komputer dan mereka lebih seronok dengan penggunaan komputer contohnya puzzle online.
Aktiviti
Mengadakan beberapa aktiviti contohnya permainan atas talian permainan PRE-K abc letters dan 123 numbers . Program ini diadakan untuk memperkenalkan Pusat ekonomi digital (PEDi) kepada peserta agar mereka lebih dekat lagi dengan PEDi malah pihak PEDi juga memberi hadiah-hadiah yang menarik untuk pihak TABIKA yang mengikuti program dan aktiviti PEDi.
TARIKH/MASA : 17.11.2022 (02.30 PM - 05.30 PM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN INTERNET (PENGISIAN BORANG ATAS TALIAN) JUM.PESERTA : 1 ORANG ( WANITA ) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu pengguna dan melayari laman web yang baru diperkenalkan iaitu emunakahat.terengganu.gov.my untuk mengisi dan mendaftar borang kahwin secara atas talian. Mereka memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dari pada petugas kerana pengisian borang secara atas talian baru diperkenalkan sebelum ini pengisian borang adalah secara menual. Petugas pula mencari maklumat dan belajar terlebih dahulu mengenai sistem tersebut untuk diberi penerangan secara terperinci kepada mereka agar tidak melakukan kesilapan semasa pengisian borang atas talian.
Aktiviti
Petugas melayari internet menggunakan laman web google untuk mencari maklumat terperinci mengenai emunakahat terengganu terlebih dahulu dan bagaimana cara pengisian borang tersebut dan kemudian petugas PEDi memberi penerangan kepada mereka. Peserta perlu mendaftar dalam sisten emunakahat untuk daftar kata laluan terlebih dahulu sebelum masuk dalam laman web untuk mengisi borang. Peserta berjaya mengisi kesemua maklumat sehingga siap dan muat turun borang HIV untuk membuat test di klinik. Peserta print borang tersebut untuk dikemukakan kepejabat agama daerah besut. Peserta begitu berpuas hati dengan bantuan yang diberikan oleh petugas.
TARIKH/MASA : 03.12.2022 (09.30 AM - 12.30 PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS MICROSOFT POWER POINT & FUNGSI-FUNGSINYA JUM.PESERTA : 3 ORANG (PELAJAR IPT) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI1M serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran memenggunakan fungsi-fungsi yang terdapat pada microsoft power point.
Aktiviti
Kelas ini dihadiri oleh pelajar-pelajar dari IKBN Besut Terengganu. Pelajar menggunakan microsoft power point dan fungsi-fungsinya untuk membuat slide perbentangan kertas kerja secara berkumpulan.
TARIKH/MASA : 13 & 15.11.2022 (02.30 PM - 05.30 PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS MICROSOFT POWER POINT & FUNGSI-FUNGSINYA JUM.PESERTA : 4 ORANG (PELAJAR IPT) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI1M serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran memenggunakan fungsi-fungsi yang terdapat pada microsoft power point.
Aktiviti
Kelas ini dihadiri oleh pelajar-pelajar dari IKBN Besut Terengganu. Pelajar menggunakan microsoft power point dan fungsi-fungsinya untuk membuat slide perbentangan kertas kerja secara berkumpulan.