TARIKH/MASA : 07.11.2022 (02.00 PM - 05.00 PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS MICROSOFT WORD & FUNGSI-FUNGSINYA JUM.PESERTA : 4 ORANG (PELAJAR IPT) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Menggalakkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Word. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk dokumen kelihatan lebih kemas dan menarik.
Aktiviti
Pelajar IPT menggunakan microsoft word bagi menaip dan menyiapkan kertas kerja mereka dan menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat pada microsoft word.
TARIKH/MASA : 05.11.2022 (09.00 AM - 01.00 PM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN INTERNET (LAMAN SOSIAL DAN LAMAN WEB ) JUM.PESERTA : 10 ORANG ( WANITA & DEWASA) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang bijak pandai dalam pengurusan masa serta menjana pendapatan sampingan melalui laman sesawang dan penggunaan internet. Melahirkan lebih ramai usahawan online.
AKTIVITI
Peserta diberi taklimat mengenai perniagaan menggunakan medan sosial tiktok, cara pendaftaran akaun tiktok dan pendaftaran shopee. Peserta juga menggunakan google meet untuk berbincang dan berkongsi ilmu dengan usahawan yang telah berjaya dengan perniagaan mereka menggunakan media tiktok.
TARIKH/MASA : 15.10.2022 (08.00 AM - 01.00 PM) PROGRAM : PROGRAM SUKAN KAMPUNG BERSAMA KOMUNITI PEDi 2022 JUM.PESERTA : 250 ORANG ( KOMUNITI ) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PEDi serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, program/aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi mempromosi PEDi kepada komuniti.
Aktiviti
Mengadakan beberapa aktiviti antaranya antiviti sukaneka dan aktiviti ict untuk memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) kepada masyarakat umum agar mereka lebih dekat lagi dengan PEDi malah pihak PEDI juga memberi hadiah-hadiah yang menarik untuk penggunjung yang mengikuti program dan aktiviti PEDi serta ada juga cabutan bertuah untuk peserta dengan hadiah yang agak menarik.
TARIKH/MASA : 16.10.2022 (09.30 AM - 11.30 AM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN INTERNET (MENDUDUKI UJIAN SPAi8 ATAS TALIAN) JUM.PESERTA : 2 ORANG ( WANITA ) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Asas penggunaan internet dengan menggunakan laman web spa.gov.my untuk menduduki ujian online. Pusat ekonomi digital dapat membantu komuniti setempat untuk memudah cara dalam ujian secara online dan PEDi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Contoh membuat persediaan awal 30minit dari masa ujian dengan memberi komputer yang terbaik kepada mereka.
Aktiviti
Peserta datang 1 jam lebih awal untuk membuat persiapan sambil dibantu oleh petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi). 2 orang perserta yang terlibat dimana jawatan yang ditawarkan adalah sama. Petugas PEDi memberi komputer yang bersebelahan dan berdekatan antara mereka untuk memudahkan mereka dalam menjawab soalan ujian dan saling membantu antara satu sama lain. Ujian online spa bermula jam 10.00 am dan berakhir pada jam 11.00am. Semua peserta berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan daripada petugas.
TARIKH/MASA : 13.10.2022 (11.00 AM - 01.00 PM) PROGRAM : ASAS PENGENALAN INTERNET (PERMOHONAN BANTUAN ATAS TALIAN) JUM.PESERTA : 1 ORANG ( WANITA ) LOKASI/TEMPAT : PEDi KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan di PEDi dengan mendapatkan maklumat, carian, pengisian borang dan sebagainya dan merapatkan jurang digital antara komuniti Kg Anak musang dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi IT masa kini.
AKTIVITI
Komuniti menggunakan aplikasi internet untuk pengisian borang bantuan atas talian.