TARIKH/MASA       : 04.07.2022 (09.30 AM-12.30 PM)

PROGRAM            :  ASAS PENGENALAN INTERNET (LAMAN WEB emunakahat Terengganu)

JUM.PESERTA      : 2 ORANG (DEWASA)

LOKASI/TEMPAT   : PEDi KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Membantu pengguna dan melayari laman web yang baru diperkenalkan iaitu emunakahat.terengganu.gov.my untuk mengisi dan mendaftar borang kahwin secara atas talian. Mereka memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dari pada petugas kerana pengisian borang secara atas talian baru diperkenalkan sebelum ini pengisian borang adalah secara menual. Petugas pula mencari maklumat dan belajar terlebih dahulu mengenai sistem tersebut untuk diberi penerangan secara terperinci kepada mereka agar tidak melakukan kesilapan semasa pengisian borang atas talian.

Aktiviti

Petugas melayari internet menggunakan laman web google untuk mencari maklumat terperinci mengenai emunakahat terengganu terlebih dahulu dan bagaimana cara pengisian borang tersebut dan kemudian petugas PEDi memberi penerangan kepada mereka. Pengguna/user perlu mendaftar dalam sisten emunakahat untuk daftar kata laluan terlebih dahulu sebelum masuk dalam laman web untuk mengisi borang. Peserta berjaya mengisi kesemua maklumat sehingga siap dan muat turun borang HIV untuk membuat test di klinik. Pengguna print borang tersebut untuk dikemukakan kepejabat agama daerah besut. Pengguna begitu berpuas hati dengan bantuan yang diberikan oleh petugas.

Gambar disini


 

 

TARIKH/MASA       : 02.07.2022 (02.30 PM - 05.30 PM)

PROGRAM            :  ASAS PENGENALAN INTERNET (GOOGLE IMAGES)

JUM.PESERTA      : 4 ORANG ( PELAJAR SEKOLAH MENENGAH )

LOKASI/TEMPAT   : PEDi KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Membantu pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka dengan betul dan mudah. Pelajar dapat menggunakan perkhidmatan pusat internet dengan percuma serta latihan yang diberikan dapat dimanafaatkan oleh mereka dengan baik. Malah dapat meningkatkan ilmu kemahiran untuk pelajar pada masa akan datang.

Aktiviti

Menggunakan google images bagi mengumpul sebanyak mana gamabar dam memilih gambar-gambar yang terbaik untuk print dan menyiapkan kerja kursus pendidikan seni sekolah mereka .

Gambar disini


 

 

TARIKH/MASA       :  19.06.2022 (02.30 PM - 05.30 PM)

PROGRAM            :  PENGENALAN ASAS MICROSOFT POWER POINT & FUNGSI-FUNGSINYA

JUM.PESERTA      : 4 ORANG (PELAJAR IPTA)       

LOKASI/TEMPAT   : PEDi KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI1M serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran memenggunakan fungsi-fungsi yang terdapat pada microsoft power point.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri oleh pelajar-pelajar dari IKBN Besut Terengganu. Pelajar menggunakan microsoft power point dan fungsi-fungsinya untuk membuat slide perbentangan kertas kerja secara berkumpulan.

Gambar disini


 

 

TARIKH/MASA       : 23.06.2022(09.30 AM - 12.30 PM)

PROGRAM            :  ASAS PENGENALAN INTERNET (LAMAN WEB MENCARI KERJA)

JUM.PESERTA      : 1 ORANG (  BELIA WANITA )

LOKASI/TEMPAT   : PEDi KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI1M serta mempromosi kelas ICT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenai komputer.

Aktiviti

Menggunakan laman web mencari kerja untuk pengisian borang permohonan kerja atas talian.

Gambar disini


 

TARIKH/MASA       : 16.06.2022 (02.30 PM - 05.30 PM)

PROGRAM            :  ASAS PENGENALAN INTERNET (GOOGLE IMAGES)

JUM.PESERTA      : 1 ORANG ( GURU TABIKA )

LOKASI/TEMPAT   : PEDi KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Menggalakkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Word dan kemahiran mencari serta mengumpul gambar-gambar yang sesuai dengan tajuk. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk dokumen kelihatan lebih kemas dan menarik.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri oleh guru TABIKA untuk membuat kerja sekolah beliau untuk diberikan kepada murid-murid beliau. Menggunakan google images untuk mengumpul gambar yang sesuai dengan pelajar beliau dan menggunakan microsoft word untuk membuat kerja sekolah beliau.

Gambar disini