TARIKH/MASA       : 18.10.2020 (09.30AM-12.30PM)

PROGRAM             : PENGENALAN ASAS MEDIA SOSIAL & ASAS PENGENALAN INTERNET

JUM.PESERTA      : 1 ORANG (PELAJAR UNIVERSITI/BELIA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

Aktiviti

Pelajar Universiti yang belajar dirumah menggunakan perkhimatan Pi untuk belajar atas talian. Mereka merupakan pelajar tahun pertama di USM. Pelajar ini setiap hari berkunjung ke PI untuk belajar diatas talian secara maya bersama pensyarah mereka & sahabat-sahabat yang lain. Pelajar meminta bimbingan dan tunjuk ajar dari staf PI untuk download software google meet pada lattop beliau & mengunakan perkhidmatan wifi PI.

Gambar disini


 

TARIKH/MASA       : 15.10.2020 (02.30PM-05.30PM)

PROGRAM             : PENGENALAN ASAS LAMAN WEB 

JUM.PESERTA      : 3 ORANG (DEWASA/IBUBAPA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

 

Tujuan

Memudahkan golongan penjawat awam untuk menyiapkan kerja-kerja mereka dengan menggunakan kemudahan dan bantuan dari petugas di Pusat Internet. Latihan ini juga dapat merapatkan hubungan baik antara pusat internet dan komuniti.

Aktiviti

Menggunakan aplikasi dalam laman web HRMIS untuk memasukan data-data dalam tugasan mereka sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Jabi. Petugas memberi bimbingan dan bantuan bagi memudahkan kerja mereka untuk cepat disiapkan dalam tempoh yang ditentukan. Jururawat desa dan Jururawat KKJabi sentiasa menggunakan perkhidmatan Pusat Internet terutamanya menggunakan kemudahan ICT. Begitu juga dengan encik Zahari yang bertugas di pejabat tanah sentiasa datang membuat kerja beliau di Pusat Internet. Beliau begitu suka membuat kerja disini kerana petugas akan sentiasa membantu beliau untuk menyiapkan tugasan beliau terutamakan belibatkan penggunaan ICT.

Gambar disini


 

TARIKH/MASA       : 08.10.2020 (03.00PM - 06.00PM)

PROGRAM             : PENGENALAN ASAS MICROSOFT WORD

JUM.PESERTA      : 2 ORANG (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG 

 

TUJUAN

Membantu pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka dengan betul dan mudah. Pelajar dapat menggunakan perkhidmatan pusat internet dengan percuma serta latihan yang diberikan dapat dimanafaatkan oleh mereka dengan baik. Malah dapat meningkatkan ilmu kemahiran untuk pelajar pada masa akan datang.

AKTIVITI

Pelajar melayari laman web google untuk mencari bahan yang sesuai dengan tajuk yang diberikan oleh guru mereka. Maklumat dan bahan rujukan yang telah dikumpul oleh mereka di huraikan dengan menggunakan microsoft word untuk menghasilkan nota rujukan yang tepat dengan maklumat yang betul untuk dimajukan kepada guru mereka.

Gambar disini


 

 

TARIKH/MASA       : 11.10.2020 (09.00AM - 01.00PM)

PROGRAM             : PENGENALAN ASAS LAMAN WEB BELAJAR ONLINE

JUM.PESERTA      : 2 ORANG (PELAJAR UNIVERSITI UMT)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

Aktiviti

Pelajar dari UMT Terengganu yang belajar dirumah menggunakan perkhimatan Pi untuk membuat video & belajar atas talian. Mereka merupakan pelajar tahun akhir di UMT. Pelajar ini setiap hari berkunjung ke PI untuk belajar diatas talian bersama pensyarah mereka & sahabat-sahabat yang lain. Pelajar meminta bimbingan dan tunjuk ajar dari staf PI untuk menghasilkan video yang menarik dengan menggunakan peralatan didalam bilik latihan.

Gambar disini


 

TARIKH/MASA       : 06.10.2020 (02.30AM - 05.30PM)

PROGRAM             : PENGENALAN ASAS MICROSOFT WORD

JUM.PESERTA      : 2 ORANG (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan atau aplikasi yang terdapat didalam komputer. Mereka didedahkan kepada Microsoft Word supaya dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft word tersebut dalam membuat kertas kerja untuk dihantar. Malah akan dapat membantu pelajar pada masa akan datang.

Aktiviti

Perisian Microsoft  Word digunakan dalam aktiviti menyiapkan kertas kerja yang diberi oleh guru mereka.Pelajar perlu menyiapkan kertas kerja mata pelajaran prinsip akaun dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru mereke. Latihan ini dijalankan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk menghasilkan kertas kerja  yang menarik dan tepat dengan tema yang telah diberikan dan tidak lari dari tajuk. Pelajar dapat menyiapkan kad tersebut dengan baik dan menarik. Pelajar save as dan print kertas kerja mereke malah pelajar berpuas hati dengan latihan dan bimbingan yang diberikan oleh petugas.

Gambar disini