TARIKH/MASA : 17.07.2020 (09.00AM-12.00PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS MICROSOFT WORD JUM.PESERTA : 1 ORANG (LEPASAN SEKOLAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Mencari contoh resume dalam bahasa melayu dengan melayari laman web google dalam format word dan menaip/edit resume menggunakan microsoft word.
AKTIVITI
Pelajar IPTA menggunakan Microsoft Word untuk 'editing Resume'. Untuk kelihatan kemas dan menarik, resume haruslah dibuat kelainan dengan dengan menggunakan menu insert, menu picture, clipart dan lain-lain yang dilengkapi gambr-gambar dengan ukuran yang sesuai dan penggunaan warna yang menarik untuk resume.
TARIKH/MASA : 16.07.2020 (03.00PM-05.00PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS INTERNET JUM.PESERTA : 4 ORANG (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Merperkenalkan laman web untuk carian bahan rujukan pendidikan kepada pelajar. Diajar menggunakan laman web google web & google image untuk mendapatkan bahan rujukan.
Aktiviti
Latihan ini melibatkan pelajar sekolah menengah dengan memperkenalkan laman web google web serta google image bagi memperolehi bahan rujukan ilmiah. Aktiviti yang dijalankan oleh mereka dengan melayari laman web dan membuat salinan gambar yang bersesuaian untuk digunakan sebagai rujukan.
TARIKH/MASA : 15.07.2020 (03.00PM-05.00PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS INTERNET JUM.PESERTA : 2 ORANG (BELIA) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Merperkenalkan laman web untuk carian bahan rujukan pendidikan kepada pelajar. Diajar menggunakan laman web google web & google image untuk mendapatkan bahan rujukan.
Aktiviti
Latihan ini melibatkan pelajar sekolah menengah dengan memperkenalkan laman web google web serta google image bagi memperolehi bahan rujukan ilmiah. Aktiviti yang dijalankan oleh mereka dengan melayari laman web dan membuat salinan gambar yang bersesuaian untuk digunakan sebagai rujukan.
TARIKH/MASA : 16.07.2020 (09.00AM-11.30AM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS LAMAN WEB SPA JUM.PESERTA : 1 ORANG (BELIA) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Asas penggunaan internet dengan menggunakan laman web spa.gov.my untuk menduduki ujian online. Pusat internet dapat membantu komuniti setempat untuk memudah cara dalam ujian secara online dan Pi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Contoh membuat persediaan awal 30minit dari masa ujian dengan memberi komputer yang terbaik kepada mereka.
Aktiviti
Peserta datang 1 jam lebih awal untuk membuat persiapan sambil dibantu oleh petugas pusat internet (PI). 1 orang perserta yang terlibat dimana jawatan yang ditawarkan adalah pembantu perikanan. Petugas PI memberi komputer yang yang terbaik kepada beliau untuk memudahkan beliau dalam Ujian online spa bermula jam 10.00 am dan berakhir pada jam 11.00am. Beliau berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan daripada petugas. Ujian berakhir dengan jayanya dan semua soalan dapat dijawab oleh beliau dengan tenang dengan masa yang telah ditetapkan.
TARIKH/MASA : 13.02.2020 (02.30PM-04.30PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS MICROSOFT WORD JUM.PESERTA : 2 ORANG (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan atau aplikasi yang terdapat didalam komputer. Mereka didedahkan kepada Microsoft Word supaya dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft word dan carian maklumat untuk menghasilkan kertas kerja yang menarik. Malah akan dapat membantu pelajar pada masa akan datang
Aktiviti
Perisian Microsoft Word digunakan dalam aktiviti menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru mereka.Pelajar perlu menyiapkan kad nama dan mata pelajaran bagi membuat kajian sains dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru mereke. Latihan ini dijalankan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk menghasilkan kajian sains yang menarik dan tepat dengan tema yang telah diberikan dan tidak lari dari tajuk. Pelajar dapat menyiapkan kad tersebut dengan baik dan menarik. Pelajar save as dan print kertas kerja mereke malah pelajar berpuas hati dengan latihan dan bimbingan yang diberikan oleh petugas.