TARIKH/MASA : 06.03.2020 (09.30AM-11.30AM) PROGRAM : PEMBELAJARAN SECARA MENUAL & ICT DENGAN MEMBUAT ULANGKAJI PELAJARAN BAHASA MELAYU. JUM.PESERTA : 18 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Memberi ilmu yang bermanafaat kepada pelajar agar mereka tidak membazir masa ketika mengunjungi Pusat Internet. Mereka mendapat ilmu yang berfaedah untuk masa akan datang dan dapat membantu mereka untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelajaran mereka.
Aktiviti
Seramai 18 orang pelajar tahun 1 dan tahun 2 yang terlibat. Penerangan mengenai tajuk terlebih dahulu agar pelajar itu faham dan mahir terhadap tajuk. Penerangan tajuk diberi lebih terperinci dengan bantuan internet agar mendapat maklumat yang banyak dan tepat. Kelas ini diakhiri dengan menjawap solan latihan dengan dibantu oleh petugas.
TARIKH/MASA : 21.02.2020 (09.30AM-11.30AM) PROGRAM : PEMBELAJARAN SECARA MENUAL DENGAN MEMBUAT ULANGKAJI PELAJARAN MATEMATIK. JUM.PESERTA : 15 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu pelajar sekolah dalam meningkatkan ilmu dalam mata pelajaran matematik. Belajar secara mudah dangan menggunakan penerangan serta cara belajar yang baik. Latihan ini dapat membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran mereka dengan bantuan dan bimbingan dari petugas. Meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar agar mereka seronok dan hubungan pelajar dengan petugas akrab serta baik.
Aktiviti
Latihan ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dari tahun 1 dan tahun 2. Pelajar terlebih dahulu diberi penerangan mengenai tajuk bilangan dan susun objek dengan betul serta nilai tambah dan tolak yang mudah. Pelajar perlu membuat latihan dengan menjawab soalan ujian yang diberikan oleh mereka berdasarkan tajuk yang telah dipelajari. Petugas akan semak jawapan dan memberi penerangan untuk setiap jawapan.
TARIKH/MASA : 21.02.2020 (09.30AM-11.30AM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS INTERNET UNTUK BELAJAR MATEMATIK TAHUN 3 & TAHUN 4 JUM.PESERTA : 8 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu pelajar sekolah dalam meningkatkan ilmu dalam mata pelajaran matematik. Belajar secara mudah dangan menggunakan penerangan serta cara belajar yang baik dengan melayari internet untuk mendapatkan maklumat terhadap tajuk yang di pelajari. Pengenalan media sosial youtube kepada pelaran sekolah rendah sebagai asas pengenalan internet.
Aktiviti
Latihan ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dari tahun 3 dan tahun 4. Pelajar terlebih dahulu diberi penerangan mengenai tajuk nilai tempat, nilai digit, nombor menaik dan nombor menurun dengan betul serta mengenal nombor. Setelah itu pelajar perlu menonton video penerangan tajuk berkenaan dengan teliti untuk memudahkan mereka untuk meneruskan kelas dengan membuat latihan serta menjawab soalan berkaitan tajuk.
TARIKH/MASA : 21.02.2020 (11.00AM-12.00PM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS LAMAN WEB GOOGLE IMAGES & MENCARI GAMBAR JUM.PESERTA : 5 ORANG (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Dapat membantu menyiapkan kertas kerja pendidikan seni yang diberikan oleh guru sekolah pelajar dengan cepat, tepat dan menarik. Memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar sekolah dari mereka tidak pandai menggunakan komputer untuk menyiapkan kertas kerja mereka kepada mereka dapat memilih gambar yang sesuai dengan tajuk yang diberikan dengan betul serta menarik. Keadaan ini dapat menghasilkan kertas kerja yang betul dan sempurna serta pelajar kelihatan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Aktiviti
Pelajar perlu mancari gambar-gambar (images) yang sesuai dengan tajuk yang telah diberikan oleh guru mereka .Pelajar perlu mnggunakan aplikasi google images untuk mencari gambar yang sesuai dengan tajuk tersebut dan copypaste gambar tersebut.Pelajar perlu memilih seberapa banyak gambar yang mereka kehendaki. Gambar-gambar yang dipilih perlu disunting dengan menggunakan microsoft word. Pelajar menyunting saiz gambar mengikut saiz yang diberikan oleh guru mereka.
TARIKH/MASA : 20.02.2020 (09.30AM-11.30AM) PROGRAM : PENGENALAN ASAS LAMAN WEB SPA UNTUK MENDUDUKI UJIAN DALAM BIDANG BOMBA JUM.PESERTA : 2 ORANG (BELIA) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Asas penggunaan internet dengan menggunakan laman web spa.gov.my untuk menduduki ujian online. Pusat internet dapat membantu komuniti setempat untuk memudah cara dalam ujian secara online dan Pi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Contoh membuat persediaan awal 30minit dari masa ujian dengan memberi komputer yang terbaik kepada mereka.
Aktiviti
Peserta datang 30 minit lebih awal untuk membuat persiapan sambil dibantu oleh petugas pusat internet (PI). 2 orang perserta yang terlibat dimana jawatan yang ditawarkan adalah sama. Petugas PI memberi komputer yang bersebelahan dan berdekatan antara mereka untuk memudahkan mereka dalam menjawab soalan ujian dan saling membantu antara satu sama lain. Ujian online spa bermula jam 10.00 am dan berakhir pada jam 11.00am. Semua peserta berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan daripada petugas