TARIKH/MASA : 06.12.2019 (09.30AM-11.30AM) PROGRAM : MENAIP KARANGAN YANG BERTAJUK SAYA SAYANG IBUAYAH MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran dan membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahu depan 2020. Latihan ini adalah sebagai persiapan awal bagi mereka sebagai mengulangkaji pelajaran dari pada membazir masa.
Aktiviti
Seramai 10 orang pelajar yang terlibat dimana mereka perlu menaip karangan yang bertajuk saya sanyang kedua ibubapa saya. Pelajar boleh melihat contoh dengan melayari internet untuk memastikan karangan yang dihasilkan lebih menarik. Pelajar hanya perlu menaip karangan sebanyak 80 patah perkataan sahaja iaitu menhasilkan karangan pendek sahaja. Setelah selesai pelajar dibenarkan save/simpan dan mereka boleh print karangan tersebut untuk dijadikan bahan rujukan pada masa akan datang.
TARIKH/MASA : 04.12.2019 (10.30AM-12.30PM) PROGRAM : MELAYARI LAMAN WEB YOU TUBE UNTUK MENONTON VIDEO ORIGAMI JUM.PESERTA : 5 ORANG (PELAJAR SEKOLAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI1M serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenai komputer.
Aktiviti
Pelajar perlu melayari laman web youtube untuk menonton video bagaimana cara untuk membuat origami mengguna kertas untuk menhasilkan sesuatu yang menarik. Pelajar diberi bahan kertas warna dan gunting sambil menonton dan meniru cara membuat origami perahu layar/bag duit dan membuat seekor katak yang cantik dan menarik. Pelajar dapat menyiapkan beberapa origami yang menarik dan cantik. Pelajar begitu berpuah hati dangan hasil origami mereka.
TARIKH/MASA : 22.11.2019 (02.30PM-05.30PM) PROGRAM : MENGGUNA MICROSOFT WORD UNTUK MEMBUAT KERTAS KERJA KURSUS JUM.PESERTA : 2 ORANG (PELAJAR UNIVERSITI) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Menggunakan perisian Microsoft Office dan mengaplikasikan fungsi-fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut bagi meningkatkan kemahiran penggunaan.
Aktiviti
Latihan ini melibatkan pelajar Universiti dengan menggunkan perisian Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Pelajar mengaplikasikan fungsi-fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut untuk menulis, membina jadual dan meletak gambar. Peserta menggunakan perisian tersebut bagi membuat kertas kerja kursus.
TARIKH/MASA : 02.12.2019 (09.30AM-11.30AM) PROGRAM : MEMPERKENALKAN/PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Dapat membantu pelajar mengenali setiap komponen-komponen yang terdapat pada komputer.Dapat membantu pelajar dalam penggunaan komputer dengan lebih baik setelah mereka mengetahui fungsi-fungsi dan penggunaan perkakasan komputer.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan secara terperinci pengenalan asas perkakasan komputer yang juga dikenali sebagai peranti (device). Perkakasan komputer merupakan bahagaian-bahagian membentuk sebuah komputer yang lengkap.Untuk memudahkan lagi pelajar mengenali setiap komponen atau bahagaian-bahagian komputer yang lengkap mereka diarahkan membuka website google untuk mencari bahan-bahan dan gambar-gambar setiap komponen komputer.Pelajar perlu 'copypaste' gambar tersebut dan mencari taks fungsi-fungsi setiap komponen yang ada pada sebuah komputer.Pelajar dikehendaki membuat nota simpanan daripada maklumat yang mereka perolehi dalam microsoft word dan perlu menghasilkan nota yang baik serta berkualiti sebagai rujukan kepada mereka kelak.Akhir sekali mereka perlu menjawab solan kuiz berkaitan dengan tajuk yang telah mereka pelajari.
TARIKH/MASA : 02.11.2019 (08.30AM-01.00PM) PROGRAM : PROGRAM JUALAN MESRA KOPTEM BERSAMA PUSAT INTERNET PASIR AKAR JUM.PESERTA : 100 ORANG (KOMUNITI) LOKASI/TEMPAT : DATARAN KG PASIR AKAR |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di Pusat Internet dalam skala yang lebih besar.
Aktiviti
Program ini dihadiri oleh oleh komuniti kampung serta warga setempat. Program ini disertai oleh Pusat Internet Pasir Akar yang dianjurkan oleh KOPTEM ( Koperasi Tenaga Muda ). Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak. juala mesra koptem ( jualan barangan keperluan dengan harga yang murah ) dan petugas pusat internet menwar-warkan kepada pengunjung tentang kemudahan yang ada di pusat internet serta menjalankan beberapa aktiviti seperti pertandingan Maze dan Word Search ICT serta teka biji coklat. Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti latihan keusahawan yang di jalankan dalam bentuk pertandingan membungkus hamper dan juga cabutan bertuah, Program berlangsung dengan meriahnya dan mendapat sokongan yang sangat menggalakkan dari komuniti.