TARIKH/MASA        : 08.10.2019 (09.00AM-12.00PM)

PROGRAM             : MICROSOFT OFFICE (PAINT) & PENGENALAN KEPADA INTERNET (VIDEO-YOUTUBE)

JUM.PESERTA      : 15 ORANG (PELAJAR & PETUGAS)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 20191009 WA0031

Tujuan

Membantu kanak-kanak TABIKA untuk lebih membiasakan diri dengan penggunaan internet dan komputer. Program ini juga merapatkan hubungan antara pusat internet dengan tabika kemas. Dengan aktiviti yang bermanafaat untuk kanak-kanak agar mereka tidak kekok dalam penggunaan komputer dan mereka lebih seronok dengan penggunaan komputer contohnya mewarna.

Aktiviti

Program ini dihadiri oleh 13 orang pelajar dan 2 orang petugas. Program ini memberi pendedahan pengguna internat yang bermanafaat kepada kanak-kanak iaitu antara aktiviti aplikasi online adalah mengenal komputer. Dengan melayari google images untuk mengenal perkakasan komputer(pengenalan kepada komputer) penerangan mengenai komputer. Aktiviti seterusnya pengenalan kepada internet menggunakan laman web youtube dengan menonton kartoon omar dan hana serta upinipin agar kanak-kanak lebih ceria dan menarik dengan komputer. Akhir sekali program ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan dan bersurai dengan jamuan dari pihak TABIKA. 

Gambar disini


 

TARIKH/MASA        : 27.09.2019 (08.30AM-01.00PM)

PROGRAM             : PROGRAM LESTARI ICT & CAKNA KESIHATAN

JUM.PESERTA      : 141 ORANG (KOMUNITI)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

WhatsApp Image 2019 09 27 at 4.06.21 PM

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

Aktiviti

Program ini dihadiri oleh komuniti kampung dan pelajar sekolah seramai 141 orang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, memberus gigi bersama kanak-kanak,mewarna online bersama kanak-kanak dan pelajar tabika,mewarna poster bersama wanita dan dewasa,  permainan kahoot.it bersama pelajar sekolah & wanita, pemeriksaan kesihatan, Dahboard Komuniti (download Apps/MyKomuniti/MyShop) serta aktiviti sampingan seperti sukaneka.

Gambar disini


 

TARIKH/MASA        : 12.09.2019 (02.00 pm-04.00 pm)

PROGRAM             : E-PEMBELAJARAN

JUM.PESERTA      : 15 ORANG ( PELAJAR SEKOLAH RENDAH )

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

TUJUAN

Pelajar sekolah yang terlibat diajar menggunakan perisian yang terdapat dalam komputer bagi memahirkan penggunaan komputer dan menggunakan fungs-fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut dengan betul.

Aktiviti

Latihan ini melibatkan pelajar sekolah rendah yang diberi pendedahan berkaitan perisian dan kompenan berkaitan komputer. Peserta diajar menggunakan perisan komputer secara asas iaitu dengan melukis bendara Malaysia menggunakan perisian yang terdapat dalam komputer, menjawab kuiz secara atas talian serta mewarna poster sempena Hari Malaysia.

Gambar disini

TARIKH/MASA        : 21.09.2019 (08.30AM-01.00PM)

PROGRAM             : PROGRAM LESTARI ICT & CAKNA KESIHATAN

JUM.PESERTA      : 114 ORANG (KOMUNITI)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET PASIR AKAR

 

IMG 20190921 WA0230 1

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

Aktiviti

Program ini dihadiri oleh komuniti kampung dan pelajar sekolah seramai 114 orang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, memberus gigi bersama kanak-kanak,mewarna online bersama kanak-kanak dan pelajar tabika,mewarna poster bersama wanita dan dewasa,  permainan kahoot.it bersama pelajar sekolah & wanita, pemeriksaan kesihatan, Dahboard Komuniti (download Apps/MyKomuniti/MyShop) serta aktiviti sampingan seperti sukaneka kotak gelap,boling kelapa dan tepung gomok.

Gambar disini


 

TARIKH/MASA        : 08.09.2019 (03.00 pm-05.00 pm)

PROGRAM             : PENGENALAN KEPADA LAMAN WEB

JUM.PESERTA      : 1 ORANG ( WANITA/IKS )

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

TUJUAN

Memperkenalkan laman web berkaitan produk/perniagaan yang dijalankan serta memperkenalkan asas penggunaan komputer.

Aktiviti

Latihan ini melibatkan golongan wanita/IKS yang menjalankan perniagaan gubahan hantaran serta hadiah. Belia menggunkan laman web yang memberi panduan serta idea bagi mengembangkan perniagaan beliau. Beliau diberi tunjuk ajar untuk melayari laman web berkaitan dan asas penggunaan komputer seperti fungsi-fungsi yang terdapat pada papan kekunci.

Gambar disini