TARIKH/MASA       : 19.02.2020 (09.30AM-11.30AM)

PROGRAM             : PENGENALAN ASAS LAMAN WEB & PENGISIAN BANTUAN PERNIAGAAN

JUM.PESERTA      : 3 ORANG (WANITA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan khidmat jalur lebar bagi mendapatkan maklumat, carian, pengisian borang dan sebagainya.

Aktiviti

Golongan wanita pula membuat pengisian bantuan maidam untuk memohon dalam bahagian sosial dan ekonomi bagi memohon untuk modal niaga untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka juga membuat pengesahan maklumat sebelum pengisian  borang bagi memastikan penyebaran maklumat itu betul dan sahih.

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA       : 15.02.2020 (09.00AM-11.00AM)

PROGRAM             : PENGENALAN ASAS MICROSOFT WORD & FUNGSI-FUNGSINYA

JUM.PESERTA      : 7 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan atau aplikasi yang terdapat didalam komputer. Mereka didedahkan kepada Microsoft Word supaya dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft tersebut. Malah akan dapat membantu pelajar pada masa akan datang.

Aktiviti

Perisian Microsoft  Word  digunakan dalam aktiviti menyiapkan/mencipta biodata diri .Pelajar perlu menyiapkan biodata diri  dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh petugas Pusat Internet. Latihan ini dijalankan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar agar dapat menghasilkanaktiviti/kerja yang menarik dan tepat dengan tema yang telah diberikan dan tidak lari dari tajuk. Pelajar dapat menyiapkan biodata diri  tersebut dengan baik dan menarik. Pelajar simpan dalam file (save as) dan print kertas kerja mereke malah pelajar berpuas hati dengan latihan dan bimbingan yang diberikan oleh petugas.

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA       : 14.02.2020 (09.00AM-11.00AM)

PROGRAM             : PENGENALAN ASAS MEDIA SOSIAL & ASAS PENGENALAN INTERNET

JUM.PESERTA      : 15 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Membantu pelajar sekolah dalam meningkatkan ilmu dalam mata pelajaran matematik. Belajar secara mudah dangan menggunakan penerangan serta cara belajar yang baik dengan melayari laman web youtube. Pengenalan media sosial youtube kepada pelaran sekolah rendah sebagai asas pengenalan internet.

Aktiviti

Latihan ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dari tahun 1 dan tahun 2. Pelajar terlebih dahulu diberi penerangan mengenai tajuk bilangan dan susun objek dengan betul serta mengenal nombor. Setelah itu pelajar perlu menonton video penerangan tajuk berkenaan dendan teliti untuk memudahkan mereka untuk meneruskan kelas seterusnya dengan membuat latihan serta menjawab soalan berkaitan tajuk.

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA       : 14.02.2020 (11.00AM-01.00PM)

PROGRAM             : PENGENALAN ASAS LAMAN WEB & ASAS PENGENALAN INTERNET

JUM.PESERTA      : 15 ORANG (PELAJAR SEKOLAH RENDAH)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Latihan e-pembelajaran ini bertujuan bagi membantu pelajar sekolah untuk meningkatkan ilmu dalam proses pembelajaran mereka. Latihan asas matematik tahun 1 dan tahun 2 dengan bantuan melayari internet untuk membuat latihan berdasarkan tajuk yang telah mereka tonton video dalam you tube semasa sesi pertama pembelajaran.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu mengenai tajuk yang perlu mereka pelajari. Untuk meneruskan pembelajaran mereka seterusnaya mereka perlu malayari internet untuk mencari latihan yang sesuai dengan tajuk yang telah dipelajari. Untuk sesi ke-2 mereka melayari internet dan membuat latihan dengan menjawab semua soalan. Soalan yang dijawab diberi bimbingan dan tunjuk ajar oleh petugas agar mereka seronok dan menjawab dengan betul. Kelas dan latihan ini di akhiri dengan menjawab soalan kuiz.  

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA       : 13.02.2020 (09.00AM-12.00PM)

PROGRAM             : PENGENALAN ASAS MEDIA SOSIAL

JUM.PESERTA      : 28 ORANG (WANITA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran dalam bidang perniagaan terutamanya golongan wanita. Dapat membantu wanita menstabilkan ekonomi dan membantuan pendapatan dalam keluarga mereka dalam menceburi bidang perniagaan dan terlibat secara langsung dalam perniagaan secara atas talian.

Aktiviti

Latihan ini dihadiri oleh para guru kafa dari Dun Jabi(kawasan Besut) yang mewakili dari 14 buah sekolah. Mereka terdiri dari golongan wanita dengan menigkatkan kemahiran perniagan yang sedia ada dan baru diperkenalkan. Latihan ini deberi pendedahan dengan melayari internet iaitu dengan pengenalan kepada asas media sosial dan laman web bagi memudahakan mereka memperkenalkan perniagaan mereka kepada orang awam dan diberi latihan bagaimana cara serta ayat-ayat iklan yang sesuai untuk perniagaan mereka. Latihan ini diakhiri dengan jamuan ringan.

Gambar Disini