Salam Sejahtera,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Konvesyen Usahawan Internet Malaysia 2016 (eNTERWIP 2.0 2016) anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan berlangsung pada 1 – 2 Oktober 2016 . Program eNTERWIP 2.0 adalah platform yang dibangunkan oleh pihak KWP untuk menangani jurang maklumat bagi usahawan online. Ianya dapat membantu usahawan melonjakkan usahaniaga mereka melalui maklumat perniagaan pintar, strategi penjenamaan yang berkesan serta seiring dengan penggunaan teknologi yang tepat.

Sasaran peserta bagi program ini adalah terbahagi kepada 3 (Tiga) Kategori Utama:

1.1       Beginner

– Mereka yang tiada mempunyai apa-apa produk atau perkhidmatan, mahupun idea untuk berniaga tetapi berminat untuk menjana pendapatan dari perniagaan online atau golongan peniaga ’offline’ yang hendak menggunakan manfaat jaringan platform online atau peniaga online yang baru sahaja memulakan perniagaan online;

1.2       Intermediate

– Mereka yang sudah memulakan perniagaan online tetapi mahu mengembangkan perniagaan tersebut ke peringkat yang lebih baik;

1.3       Expert

– Mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan online tetapi mahu memaksimunkan lagi kejayaan mereka melalui peluang, ruang dan ’networking’ yang ada ditawarkan dalam pengisian program ini

Program eNTERWIP 2.0 ini turut digerakkan bersama oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), GIATMARA, MARA Wilayah Persekutuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), TM, MyNIC, 11thStreet, Mudah.My, SenangPay, TV-Alhijrah serta lain-lain agensi samada terdiri dari sektor kerajaan, koporat, swasta atau persendirian.

Pihak MCMC merasakan konvensyen ini amat bermanfaat dan dapat memberi peluang untuk menambah pengetahuan dalam bidang keusahawanan atas talian khususnya kepada usahawan-usahawan atas talian di Pusat-Pusat Internet seluruh Malaysia.

Justeru, pihak MCMC mengesyorkan Pengurus/Penolong Pengurus PI1M bersama komuniti PI1M terutamanya golongan usahawan atas talian yang berminat untuk menyertai program ini. Maklumat tentang konvensyen ini adalah seperti berikut:

Tarikh                            :        1 – 2 Oktober 2016 (Sabtu dan Ahad)

Masa                              :        10:00 pagi – 05:00 petang

Tempat                          :        Putra World Trade Centre (PWTC), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

Tetamu Kehormat        :        YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan

Mohon kerjasama pihak PI1M untuk mewar-warkan program ini kepada Komuniti terutamanya usahawan PI1M.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://enterwip.my/ent1/soalan.php

Sekian.

TARIKH             :               7&8.09.2016

TEMPAT             :               PI1M KG ANAK MUSANG

PROGRAM          :               Latihan keusahawanan

PESERTA           :               7 ORANG

KATEGORI         :               LEPASAN SEKOLAH 

 

TARIKH             :                14.09.2016

TEMPAT             :               PI1M KG ANAK MUSANG

PROGRAM          :               KDB(KLIK DENGAN BIJAK)

PESERTA           :               6 ORANG

KATEGORI         :               LEPASAN SEKOLAH RENDAH

 

TARIKH             :                24.09.2016

TEMPAT             :               PI1M KG ANAK MUSANG

PROGRAM          :              LATIHAN ADOBE PHOTOSHOP

PESERTA           :               4 ORANG

KATEGORI         :               LEPASAN SEKOLAH RENDAH

 

TARIKH             :                26.09.2016

TEMPAT             :               PI1M KG ANAK MUSANG

PROGRAM          :               LATIHAN ASAS INTERNET(MENCARI CONTOH SURAT RASMI DLM TALIAN INTERNET DAN MENCARI MAKLUMAT/IMEJ BERTAJUK

                                         BANGUNAN-BANGGUNAN BERSEJARAH DIMALAYSIA) DAN LATIHAN ASAS KOMPUTER MICROSOFT WORD(TAIP DAN EDIT SURAT 

                                         SERTA EDIT GAMBAR).

PESERTA           :               6 ORANG

KATEGORI         :               LEPASAN SEKOLAH RENDAH

 

 

 

 

 

 

Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.

Pelaksanaan program ini sudah berada di Fasa Pertama yang mana ianya berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.

Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.dakwahdigitalkdb.my

 

post posterA4-01

 

Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

 

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.

 

Pelaksanaan program ini sudah berada di Fasa Pertama yang mana ianya berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.

 

Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).

 

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.dakwahdigitalkdb.my

 

TEMA MINGGU 2

 

Mana Adab (Penggunaan Berhemah)

 

  1. Buli siber
  2. Fitnah
  3. Membuat perkongsian mengenai orang lain tanpa izin dari tuan punya maklumat
  4. Batas dalam beri komen
  5. Keyboard warrior
  6. Maklumat palsu
  7. Membuka aib seseorang
  8. Menyumbang kepada ke hancuran hidup seseorang

 

Penerangan Tema:

 

Internet telah memudahkan manusia untuk berkomunikasi di antara satu sama lain dari lokasi di seluruh dunia untuk mengeratkan silaturrahim serta bertukar pandangan dan ilmu pengetahuan. Pada masa yang sama, mereka seakan lupa akan adab-adab dalam pertuturan. Lihat sahaja komen-komen orang ramai atau keyboard warriors terhadap sesuatu catatan di Internet, maklumat palsu yang tersebar, atau berita yang mengaibkan seseorang. Sifat Internet yang membolehkan pengguna untuk tidak menampilkan diri mereka yang sebenar telah disalahertikan sebagai lesen untuk berkata apa sahaja yang terlintas di fikiran.

 

dakwah1dakwah2

TARIKH             :               12.08.2016

TEMPAT             :               PI1M KG ANAK MUSANG

PROGRAM          :               INTEL MADUL (6-10)

PESERTA           :               3 ORANG

KATEGORI         :               LEPASAN SPM