TARIKH/MASA : 11.07.2018 (02.00PM-04.00PM) PROGRAM : CARIAN MAKLUMAT DALAM GOOGLE WEB JUM.PESERTA : 4 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih mendalami lagi ilmu dalam penggunaan aplikasi internet untuk membantu pelajar dalam menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan penggunaan aplikasi internet. Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dalam membantu mereka untuk masa akan datang. Dengan latihan ini dapat memperluaskan lagi ilmu dan kemahiran kepada pelajar.
Aktiviti
Pengenalan kepada internet untuk penerangan secara langsung fungsi-fungsi aplikasi internet kebaikan dan keburukan melayari internet.Pelajar diberi pendedahan menggunakan laman web google web dan google maps untuk carian maklumat dalam menyiapkan kerja kursus geografi.
TARIKH/MASA : 07.07.2018 (08.30AM-02.00PM) PROGRAM : HARI TERBUKA BERSAMA KOMUNITI JUM.PESERTA : 193 ORANG (SEMUA KOMUNITI) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, program yang dijalankan bagi mempromosi Pusat Internet Kampung Anak Musang kepada komuniti.
Aktiviti
Mengadakan beberapa aktiviti untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada masyarakat umum agar mereka lebih dekat lagi dengan Pusat Internet Kampung Anak Musang malah pihak Pusat Internet juga memberi hadiah-hadiah yang menarik untuk penggunjung yang mengikuti program dan aktiviti yang dijalankan.
TARIKH/MASA : 09.06.2018 (02.00PM-03.00PM) PROGRAM : WEBSITE GOOGLE IMAGES (CARIAN GAMBAR) JUM.PESERTA : 6 ORANG (PELAJAR SEKOLAH) LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekoloh rendah. Memperkenalkan aplikasi google web dan image kepada para peserta bagi memahirkan diri mereka dalam proses pembelajaran.
Aktiviti
Laman web google image digunakan oleh peserta.Peserta diberi tugasan untuk mencari gambar yang bertemakan saya sayang ibubapa ataupun saya sayang keluarga saya,peserta perlu memilih tiga gambar yang berkaitan dan menyimpan gambar yang dipilih dalam satu file milik mereka.
TARIKH/MASA : 25.06.2018 (03.00PM-05.00PM) PROGRAM : MENCIPTA POSTER BERTEMAKAN SAYA SAYANG IBUBAPA/KELUARGA SAYA JUM.PESERTA : 6 ORANG (PELAJAR SEKOLAH) LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Microsoft Paint sangat mudah digunakan, Perangkat ini memiliki semua alat yang diperlukan untuk pengeditan grafis, Ini memiliki semua warna yang Anda butuhkan untuk mengedit gambar, Ini memiliki gaya penulisan yang berbeza, tersedia gratis dengan semua versi Windows.Microsoft Paint adalah program pembuatan grafis, ini dapat digunakan untuk manipulasi gambar dan bentuk dasar, digunakan untuk menempelkan tangkapan layar dari aplikasi lain dan digunakan untuk mengubah gambar dari satu format ke format lainnya.Dengan penggunaan paint dapat meningkatkan ilmu kemahiran kepada peserta.
Aktiviti
Menerangkan kepada peserta asas dan fungsi paint.Peserta perlu memilih gambar yang sesuai dan menyunting gambar tersebut.Pelajar dikehendaki menghasilkan poster yang menarik mengikut krativiti masing-masing bertemakan saya sayang ibubapa atau saya sayang keluarga saya.
TARIKH/MASA : 21 & 22.06.2018 (09.00AM-01.00PM) PROGRAM : DAFTAR AKAUN GMAIL DAN PENDAFTARAN EREZEKI JUM.PESERTA : 5 ORANG (DEWASA WANITA) LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang bijak pandai dalam pengurusan masa serta menjana pendapatan sampingan melalui laman sesawang dan penggunaan internet.
AKTIVITI
Peserta diberi taklimat mengenai erezeki, cara pendaftaran dan sekiranya peserta tidak mempunyai emel, petugas memberi tunjuk ajar cara buka Akaun Emel dan penggunaan emel dengan betul. Setelah melengkapkan maklumat diri dalam sistem erezeki, peserta diajar cara melakukan kerja yang telah dipohon semasa pendaftaran dibuat tadi. Peserta juga mendapat maklumat dari sumber platform-platform erezeki sebelum memulakan kerja.