TARIKH/MASA : 15 &17.09.2018 (10.00AM-03.00PM) PROGRAM : PENDAFTARAN AKAUN GMAIL & LATIHAN ASAS EREZEKI JUM.PESERTA : 10 ORANG (DEWASA 18 TAHUN KEATAS) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang bijak pandai dalam pengurusan masa serta menjana pendapatan sampingan melalui laman sesawang dan penggunaan internet.
AKTIVITI
Peserta diberi taklimat mengenai erezeki, cara pendaftaran dan sekiranya peserta tidak mempunyai emel, petugas memberi tunjuk ajar cara buka Akaun Emel dan penggunaan emel dengan betul. Setelah melengkapkan maklumat diri dalam sistem erezeki, peserta diajar cara melakukan kerja yang telah dipohon semasa pendaftaran dibuat tadi. Peserta juga mendapat maklumat dari sumber platform-platform erezeki sebelum memulakan kerja.
TARIKH/MASA : 13.09.2018 (08.00AM-12.00PM) PROGRAM : PROGRAM PENUTUP HARI KEMERDEKAAN 2018 JUM.PESERTA : 180 ORANG (PELAJAR SEK & GURU-GURU) LOKASI/TEMPAT : SEKOLAH KEB KG BUKIT JEROK |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT yang sedang dijalankan secara percuma untuk ahli yang berdaftar. Selain itu, program yang dijalankan bagi mempromosi Pusat Internet kepada komuniti sekolah.
Aktiviti
Mengadakan beberapa aktiviti untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada warga sekolah agar mereka lebih dekat lagi dengan Pusat Internet malah pihak Pusat Internet juga memberi hadiah-hadiah yang menarik untuk penggunjung yang mengikuti program dan aktiviti Pusat Internet. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-
1. Klik dengan bijak (KDB)
2. Kuiz Kemerdekaan Microsoft Word menjawab soalan yang berkaitan.
3. Maza KDB.
4. Kuiz perkakasan komputer.
5. Teka silang kata dashboard (MYSchool).
6. Teka rempah (Musang Berjanggut)
7. E-rezeki usahawan (promosi/advokasi)
8. KDB & Keahlian (promosi/advokasi).
9. Dasboard & Usahawan (promosi/advokasi).
TARIKH/MASA : 03.09.2018 (03.00PM-06.00PM) PROGRAM : CARIAN MAKLUMAT DALAM GOOGLE WEB JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Dapat membantu menyiapkan kertas kerja Folio sains yang diberikan oleh guru sekolah pelajar dengan cepat, tepat dan menarik. Memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar sekolah dari mereka tidak pandai menggunakan komputer untuk menyiapkan kertas kerja mereka kepada mereka dapat mencari maklumat yang sesuai dengan tajuk yang diberikan dengan betul serta menarik. Keadaan ini dapat menghasilkan kertas kerja yang betul dan sempurna serta pelajar kelihatan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Aktiviti
Pelajar perlu mancari seberapa banyak maklumat yang sesuai dengan tajuk yang telah diberikan oleh guru mereka. Pelajar perlu mnggunakan aplikasi google untuk mencari maklumat tersebut dan copypaste maklumat tersebut untuk dikumpul dan dujadikan 1 buku folio sains.Pelajar perlu memilih seberapa banyak maklumat yang mereka kehendaki.
TARIKH/MASA : 08.09.2018 (04.00PM-06.00PM) PROGRAM : PUZZLE ONLINE MENGUJI KEPINTARAN & KEPANTASAN PESERTA JUM.PESERTA : 4 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Pelajar-pelajar diberi pendedahan latihan aktiviti berunsur permainan pendidikan iaitu permainan puzzle online.Latihan puzzle diperkenalkan kepada pelajar adalah bertujuan bagi menguji kecekapan pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam menyusun potongan-potongan puzzle dengan cara yang betul dan sesuai.Permainan ini juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan bagi menguji kecekapan minda pelajar untuk memilih potogan yang betul bagi mencipta puzzle yang menarik.Dengan penggunaan aplikasi ini secara tidak langsung dapat meningkatkan/merangsang perkembangan minda pelajar dalam meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
Aktiviti
Pelajar perlu menggunakan aplikasi talian internet dan menggunakan JIGSAWPLANET.COM.Semua pelajar perlu memilih gambar yang sama dan diberi tempoh dua jam untuk menyelesaikan potongan puzzle tersebut.Puzzle adalah mainan menyusun gambar, gambar diacak terlebih dahulu. Sehingga anak mencuba menyusunnya di dalam bingkai dengan menghubungkan potongan-potongan kecil sehingga menjadi gambar utuh. Kepingin gambar puzzle umumnya dibuat tidak simetris sehingga keping gambar itu unik dan membantu pemain dalam memudahkan menyusun.
TARIKH/MASA : 02.09.2018 (03.00PM-05.00PM) PROGRAM : MENJAWAB SOALAN KAJI SELIDIK IBU, BAPA & PENJAGA JUM.PESERTA : 5 ORANG (IBUBAPA) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu ibu bapa melayari internet untuk menjawab soalan kaji selidik kementerian pendidikan.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan Kajian Keperluan Pelaksanaan Peperiksaan Formal Bagi Murid Tahap Satu Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu, borang soal selidik ini disediakan bagi mendapatkan maklum balas ibu/ bapa/ penjaga berkaitan pelaksanaan peperiksaan formal bagi murid Tahap Satu. Kerjasama tuan/puan dimohon untuk menjawab semua soalan dalam borang ini dengan jujur dan ikhlas.
Aktiviti
Peserta perlu melayari laman web http://bit.ly/formal_ibubapa untuk menjawab soalan kaji selidik yang diberikan dan perlu menjawab semua soalan dan akhir sekali mereka perlu mehantar soalan kaji selidik tersebut.Borang soal selidik ini hendaklah diisi oleh IBU/ BAPA/ PENJAGA sahaja. Sila baca arahan pada soalan dengan teliti dan jawab semua soalan yang berkenaan.Kajian keperluan pelaksanaan peperiksaan formal bagi murid tahap satu di sekolah rendah kementerian pendidikan malaysia.