TARIKH/MASA        : 04.10.2018 (08.30AM-12.30PM)

PROGRAM             : MEMPERKENALKAN DAN MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA KANAK2                                              MENGENAI INTERNET DAN KOMPUTER.

JUM.PESERTA       : 14 ORANG (PELAJAR TABIKA/GURU2)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 8998

Tujuan

Membantu kanak-kanak TABIKA untuk lebih membiasakan diri dengan penggunaan internet dan komputer. Program ini juga merapatkan hubungan antara pusat internet dengan tabika kemas. Dengan aktiviti yang bermanafaat untuk kanak-kanak agar mereka tidak kekok dalam penggunaan komputer dan mereka lebih seronok dengan penggunaan komputer contohnya mewarna online.

Aktiviti

Program ini dihadiri oleh 12 orang pelajar dan 2 orang petugas. Program ini memberi pendedahan pengguna internat yang bermanafaat kepada kanak-kanak iaitu anatara aktiviti aplikasi online adalah mengenal komputer. Dengan melayari google images untuk mengenal perkakasan komputer(pengenalan kepada komputer) penerangan mengenai komputer dan mengadakan kuiz perkakasan komputer. Kemudian aplikasi online e-pembelajaran(permainan pendidikan) dengan mewarna ditalian menggunakan laman web oncoloring.com dan coloring4all.com. Aktiviti seterusnya pengenalan kepada internet menggunakan laman web youtube dengan menonton kartoon omar dan hana serta upinipin agar kanak-kanak lebih ceria dan menarik dengan komputer. Aktiviti tanpa penggunaan komputer juga deperkanalkan untuk kanak-kanak dengan aktiviti KDB (Klik Dengan Bijak) iaitu permainan cantuman puzzle yang mudah dan sesuai dengan kanak-kanak. Akhir sekali program ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan dan bersurai dengan jamuan dari pihak TABIKA. 

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA        : 02.10.2018 (10.00AM-12.00PM)

PROGRAM             : PENGENALAN GOOGLE WEB & PENGISIAN IDANA ONLINE BANTUAN PERSEKOLAHAN

JUM.PESERTA       : 5 ORANG (WANITA / IBUBAPA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 8927

TUJUAN

Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan khidmat internet bagi mendapatkan maklumat, carian, pengisian borang dan sebagainya.

AKTIVITI

Wanita/ibubapa membuat pengisian borang bantual persekolahan idana online daripada kerajaan negeri terengganu. Mereka juga membuat pengesahan maklumat sebelum pengisian  borang bagi memastikan penyebaran maklumat itu betul dan sahih.Bantuan Persekolahan Pemohon boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain. Pemohon hendaklah Ketua Isi Rumah. Jumlah pendapatan pemohon tidak melebihi RM2,500.00 sebulan. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu. Pemohon hanya layak memohon untuk 2 orang anak yang bersekolah di Negeri Terengganu sahaja dan umur anak di antara 7 hingga 17 tahun pada tahun ini (2019). Pemohon yang layak akan menerima sebanyak RM100.00 bagi setiap orang anak.Latihan ini dapat membantu golongan ibubapa mengisi borong dana dengan tepat dan memudahkan kerja mereka.

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA        : 22.09.2018 (03.00PM-05.00PM)

PROGRAM             : MENCARI CONTOH RESUME DALAM GOOGLE & MENAIP RESUME

JUM.PESERTA       : 2 ORANG (REMAJA LELAKI)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 8872

TUJUAN

Menggalakkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Word. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk dokumen kelihatan lebih kemas dan menarik.

AKTIVITI

Pelajar IPTA menggunakan Microsoft Word untuk 'editing  Resume'. Untuk kelihatan kemas dan menarik, resume haruslah dibuat kelainan dengan dengan menggunakan menu insert, menu picture, clipart dan lain-lain yang dilengkapi gambr-gambar dengan ukuran yang sesuai dan penggunaan warna yang menarik untuk resume. 

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA        : 23.09.2018 (03.00PM-05.00PM)

PROGRAM             : CARIAN MAKLUMAT DALAM GOOGLE WEB & MICROSOFT WORD

JUM.PESERTA       : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 8835

Tujuan

Dapat membantu pelajar mengenali setiap komponen-komponen yang terdapat pada komputer.Dapat membantu pelajar dalam penggunaan komputer dengan lebih baik setelah mereka mengetahui fungsi-fungsi dan penggunaan perkakasan komputer.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan secara terperinci pengenalan asas perkakasan komputer yang juga dikenali sebagai peranti (device). Perkakasan komputer merupakan bahagaian-bahagian membentuk sebuah komputer yang lengkap.Untuk memudahkan lagi pelajar mengenali setiap komponen atau bahagaian-bahagian komputer yang lengkap mereka diarahkan membuka website google untuk mencari bahan-bahan dan gambar-gambar setiap komponen komputer.Pelajar perlu 'copypaste' gambar tersebut dan mencari taks fungsi-fungsi setiap komponen yang ada pada sebuah komputer.Pelajar dikehendaki membuat nota simpanan daripada maklumat yang mereka perolehi dalam microsoft word dan perlu menghasilkan nota yang baik serta berkualiti sebagai rujukan kepada mereka kelak.

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA        : 21&22.09.2018 (10.00AM-03.00PM)

PROGRAM             : PENDAFTARAN GMAIL DAN LATIHAN ASAS EREZEKI

JUM.PESERTA       : 6 ORANG (DEWASA 18 TAHUN KEATAS)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 8861

Tujuan

Melahirkan lebih ramai usahawan online.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan erezeki. Seterusnya peserta diajar bagaimana untuk mendaftar gmail.com bagi pendaftaran erezeki. Melalui kaedah ini, peserta dapat menilai pembelajaran erezeki atas talian serta kebaikan menyertai erezeki bagi menjana pendapatan secara online.

Gambar Disini