TARIKH/MASA        : 27 & 29.10.2018 (10.00AM-02.00PM)

PROGRAM             : PENDAFTARAN AKAUN GMAIL & LATIHAN ASAS E-REZEKI.MY

JUM.PESERTA       : 11 ORANG (WANITA & BELIA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 9256

Tujuan

Melahirkan lebih ramai usahawan online.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan erezeki. Seterusnya peserta diajar bagaimana untuk mendaftar gmail.com bagi pendaftaran erezeki. Melalui kaedah ini, peserta dapat menilai pembelajaran erezeki atas talian serta kebaikan menyertai erezeki bagi menjana pendapatan secara online.

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA        : 26.10.2018 (09.00AM-12.00PM)

PROGRAM             : PEMERIKSAAN KESIHATAN MYHEALTH VERSION 2

JUM.PESERTA       : 41 ORANG (KOMUNITI KG TEMBILA)

LOKASI/TEMPAT   : DEWAN BALAIRAYA KG TEMBILA

 

4d8fbbb0 f62c 4d02 abcd ea2dd7a9bb38

Tujuan

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mempromosi salah satu kemudahan yang telah disediakan di Pusat Internet  selain daripada kemudahan IT seperti mencetak, fotostat dan sebagainya. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat.

Aktiviti

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran. Seterusnya taklimat ringkas oleh pengerusi program berkaitan program yang dijalankan kepada peserta yang hadir. Pemeriksaan kesihatan dimulakan dengan mengambil maklumat - maklumat penting seperti bacaan tekanan darah, ukur lilit pinggang, bacaan berat badan, tinggi peserta dan seterusnya bacaan glukos dalam darah peserta. Program ini dijayakan dengan kerjasama KRT Kg Tembila serta PI Anak Musang dan PI Jabi.

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA        : 20.10.2018 (10.00AM-01.00PM)

PROGRAM             : ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT WORD & MENYIAPKAN FOLIO KAJIAN GEOGRAFI

JUM.PESERTA       : 4 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 9181

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan atau aplikasi yang terdapat didalam komputer. Mereka didedahkan kepada Microsoft Word supaya dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft tersebut. Malah akan dapat membantu pelajar pada masa akan datang.

Aktiviti

Perisian Microsoft  Word digunakan dalam aktiviti menyiapkan kertas kerja sekolah yang diberi oleh guru mereka.Pelajar perlu menyiapkan folio geografi dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru mereke. Latihan ini dijalankan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk menghasilkan folio yang menarik dan tepat dengan tema yang telah diberikan dan tidak lari dari tajuk. Pelajar dapat menyiapkan folio tersebut dengan baik dan menarik. Pelajar save as dan print kertas kerja mereke malah pelajar berpuas hati dengan latihan dan bimbingan yang diberikan oleh petugas.

Gambar disini


 

TARIKH/MASA        : 22.10.2018 (03.00PM-05.00PM)

PROGRAM             : PENGENALAN KEPADA INTERNET MELAYARI LAMAN WEB FROG OS.

JUM.PESERTA       : 10 ORANG (PELAJAR SEK )

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 9217

Tujuan

Memberi pendedahan dan membantu pelajar untuk melayari laman web yang disuruh oleh guru mereka untuk menjawab soalan kuiz dalam laman web tersebut. Dengan latihan ini dapat memudahkan pelajar yang belum tahu untuk melayari laman web tersebut dapat menggunakan laman web tersebut dengan mudah dan cepat. Latihan ini juga dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran kepada pelajar.

Aktiviti

Pelajar perlu menjawab soalan kuiz dalam laman web frog os mengikut sekolah masing-masing. Pelajar perlu log in (log masuk) menggunakan kata nama dan kata laluan masing-masing kerana setiap pelajar mempunyai akaun masing-masing. Pelajar perlu membaca dengan teliti dan menjawab soalan kuiz tersebut dengan betul dan tepat. Pelajar cukup seronok mengikuti kelas tersebut dan mereka berterima kasih kepada petugas kerana dapat menyelesaikan kerja yang diberi oleh guru mereka.

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA        : 09.10.2018 (10.00AM-02.00PM)

PROGRAM             : PENDAFTARAN AKAUN GMAIL & LATIHAN ASAS E-REZEKI.MY

JUM.PESERTA       : 9 ORANG (WANITA & BELIA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 8951

TUJUAN

Melahirkan komuniti yang bijak pandai dalam pengurusan masa serta menjana pendapatan sampingan melalui laman sesawang dan penggunaan internet.

AKTIVITI

Peserta diberi taklimat mengenai erezeki, cara pendaftaran dan sekiranya peserta tidak mempunyai emel, petugas memberi tunjuk ajar cara buka Akaun Emel dan penggunaan emel dengan betul. Setelah melengkapkan maklumat diri dalam sistem erezeki, peserta diajar cara melakukan kerja yang telah dipohon semasa pendaftaran dibuat tadi. Peserta juga mendapat maklumat  dari sumber platform-platform erezeki sebelum memulakan kerja.

Gambar Disini