TARIKH/MASA : 27.12.2018 (09.30AM - 11.30AM) PROGRAM : CANTUMAN PUZZLE ONLINE MENGGUNA LAMAN WEB JIGSAWPLANET JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEK) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Pelajar-pelajar diberi pendedahan latihan aktiviti berunsur permainan pendidikan iaitu permainan puzzle online.Latihan puzzle diperkenalkan kepada pelajar adalah bertujuan bagi menguji kecekapan pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam menyusun potongan-potongan puzzle dengan cara yang betul dan sesuai.Permainan ini juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan bagi menguji kecekapan minda pelajar untuk memilih potogan yang betul bagi mencipta puzzle yang menarik.Dengan penggunaan aplikasi ini secara tidak langsung dapat meningkatkan/merangsang perkembangan minda pelajar dalam meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
Aktiviti
Pelajar perlu menggunakan aplikasi talian internet dan menggunakan JIGSAWPLANET.COM.Semua pelajar perlu memilih gambar yang sama dan diberi tempoh dua jam untuk menyelesaikan potongan puzzle tersebut.Puzzle adalah mainan menyusun gambar, gambar diceraikan terlebih dahulu. Sehingga pelajar menyusun potongan-potongan kecil sehingga menjadi gambar. Kepingan gambar yang diberi biasanya tidak sama dan menguji kepantasan serta kreativiti peserta.
TARIKH/MASA : 26.12.2018 (02.30PM-04.30PM) PROGRAM : MENCIPTA SLIDE DALAM POWERPOINT JUM.PESERTA : 2 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu dan meningkatkan ilmu kepada pelajar agar mereka lebih mudah dalam menyiapkan kertas kajian geografi dengan baik dan mudah. Meningkatkan ilmu kemahiran kepada pelajar malah dapat menarik lebih ramai lagi pelajar untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka di Pusat Internet.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan ringkas mengenai dan mengenali terlebih dahulu microsoft powerpoint. Kemudian pelajar diajar untuk menggunakan slide powerpoint dengan baik sebelum mereka membuat slide untuk membuat kajian geografi mereka. Pelajar perlu mencipta slide sendiri mengikut citarasa dan kemahiran masing-masing untuk membuat slide perbentangan kajian geografi mereka.
TARIKH/MASA : 8-12 DIS 2018 (10.00AM-02.00PM) PROGRAM : PENDAFTARAN EMAIL & LATIHAN ASAS E-REZEKI JUM.PESERTA : 20 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang bijak pandai dalam pengurusan masa serta menjana pendapatan sampingan melalui laman sesawang dan penggunaan internet.
AKTIVITI
Kelas ini dijalankan dari 8-12 Dis 2018 mengikut jadual yang telah disusun oleh petugas dengan beberapa sesi. Peserta diberi taklimat mengenai erezeki, cara pendaftaran dan sekiranya peserta tidak mempunyai emel, petugas memberi tunjuk ajar cara buka Akaun Emel dan penggunaan emel dengan betul. Setelah melengkapkan maklumat diri dalam sistem erezeki, peserta diajar cara melakukan kerja yang telah dipohon semasa pendaftaran dibuat tadi. Peserta juga mendapat maklumat dari sumber platform-platform erezeki sebelum memulakan kerja.
TARIKH/MASA : 16.12.2018 (03.00PM-05.00PM) PROGRAM : CARIAN MAKLUMAT DALAM GOOGLE WEB & MICROSOFT WORD JUM.PESERTA : 4 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Melahirkan pelajar yang celik IT daripada awal usia mereka. Memberi ilmu pengetahuan yang berguna kepada mereka untuk digunakan pada masa akan datang. Dapat membantu jenerasi muda untuk lebih baik dan maju pada masa akan datang. Bila mereka memasuki alam sekolah menengah mereka telah boleh menggunakan asas internet dan boleh manaip dengan baik.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan asas pengenalan internet dan aplikasi diatas talian. Pelajar perlu mencari contoh karangan yang bertajuk saya sayang ibuayah untuk dijadikan bahan rujukan untuk mereka agar memudahkan mereka untuk menaip dalam microsoft word. Setelah semua bahan telah dikumpul oleh mereka, mereka hanya perlu menaip dan menghasilkan sebuah karangan yang menarik dan sesuai dengan teme dan tajuk yang telah diberikan. Setelah siap menaip dan ada diantara mereka yang tidak dapat menyiapkan karangan mereka dan akan memperbaiki pada masa akan datang. Mereka perlu simpan semua karangan dalam satu file.
TARIKH/MASA : 05.12.2018 (09.30AM-10.30AM) PROGRAM : CARIAN MAKLUMAT DALAM GOOGLE WEB & PENDAFTARAN KETINGKATAN 1 JUM.PESERTA : 5 ORANG (PELAJAR SEK & IBU BAPA) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu pelajar dan ibubapa untuk pengisian borang online ketingkatan 1 degan betul dan cepat. Dapat mengeratkan hubugan baik antara petugas pusat inetrnet dengan komuniti. Dapat memudahkan kerja ibubapa dan pelajar dalam memilih sekolah untuk mereka malah meningkatkan ilmu kemahiran kepada pelajar untuk digunakan pada masa akan datang contoh mereka boleh mengisi borang online untuk waktu seterusnya iaitu untuk tingkatan 4 dan permohonan UPU.
Aktiviti
Peserta diberi peneranagan mengenai asas pengenalan kepada internet dan membuka laman web smaonline.moh.gov.my untuk memohon ketingkatan 1 sekolah agama yang mereka kehendaki. Mereka perlu memilih sendiri sekolah yang sesuai dengan keputusan mereka dan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh setiap sekolah yang agak berbeza.