TARIKH/MASA        : 04.12.2018 (10.00AM-01.00PM)

PROGRAM             : CARIAN MAKLUMAT DALAM GOOGLE WEB & MEDIA SOSIAL FB

JUM.PESERTA       : 1 ORANG (WANITA)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 9688

Tujuan

Membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk mengiklankan pernigaan beliau. Latihan ini dapat memudahkan dan meningkatkan ilmu kepada peserta serta menyenankan beliau dalam perniagaan pada masa akan datang dalam penggunaan aplikasi/rangkaian internet.

Aktiviti

Peserta diberi penerangan terlebih dahulu pengenalan kepada aplikasi internet. Kemudian membantu peserta untuk melayari laman web fosimdomastic.moh.gov.my untuk mendaftar maklumat pernigaan beliau. Beliau juga mengemaskini pernigaan dalam media sosial laman web FB. 

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA        : 28.11.2018 (02.30PM-04.30PM)

PROGRAM             : PERMAINAN ATAS TALIAN MELAYARI LAMAN WEB JIGSAWPLANET.COM(PUZZLE)

JUM.PESERTA       : 10 ORANG (PELAJAR SEK )

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 9675

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI1M serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenai komputer

Aktiviti

Pelajar diajar untuk  menggunakan laman web E-Pembelajaran untuk meningkatkan ilmu ICT. 

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA        : 04.11.2018 (10.00AM-12.00PM)

PROGRAM             : CARIAN MAKLUMAT/BAHAN ILMIAH SEJARAH & GEOGRAFI DALAM GOOGLE WEB

JUM.PESERTA       : 7 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 9242

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih mendalami lagi ilmu dalam penggunaan aplikasi internet untuk membantu pelajar dalam menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan penggunaan aplikasi internet. Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dalam membantu mereka untuk masa akan datang. Dengan latihan ini dapat memperluaskan lagi ilmu dan kemahiran kepada pelajar.

Aktiviti

Pengenalan kepada internet untuk penerangan secara langsung fungsi-fungsi aplikasi internet kebaikan dan keburukan melayari internet.Pelajar diberi pendedahan menggunakan laman web google untuk mencari bahan dan maklumat bagi menyiapkan kerja sekolah sejarah dan geografi. Dengan latihan ini dapat membantu menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka mengikut tempoh yang telah diberi oleh guru mereka.

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA        : 24.11.2018 (08.30AM-01.30PM)

PROGRAM             : "JOM SIHAT" PUSAT INTERNET BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG

JUM.PESERTA       : 105 ORANG (KOMUNITI)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 9592

Tujuan

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mempromosi salah satu kemudahan yang telah disediakan di Pusat Internet iaitu Myhealth v2 selain daripada kemudahan IT seperti mencetak, fotostat dan sebagainya. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat dengan pusat internet.

Aktiviti

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran pengunjung. Seterusnya taklimat ringkas oleh pengerusi program berkaitan program yang dijalankan kepada peserta yang hadir. Pemeriksaan kesihatan dimulakan dengan mengambil maklumat - maklumat penting seperti bacaan tekanan darah, ukur lilit pinggang, bacaan berat badan, tinggi peserta dan seterusnya bacaan glukos dalam darah. Program ini juga diselit dengan aktiviti yang menarik iaitu pertandingan memasak sarapan pagi yang sihat, mewarna poster makanan sihat, ceramah yang agak menarik disampaikan oleh Dr.Mohd Arif, Ceramah dari anggota rela yang bertajuk langkah-langkah keselamatan semasa mehadapi ancaman banjir dan perbagai lagi aktiviti yang menarik telah dijalankan malah hadiah yang cukup menarik juga telah disediakan untuk peserta. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama dari Klinik Kesihatan Jabi, para usahawan IKS tempatan dan penceramah dari anggota rela juga turut menjayakan program ini.

Gambar Disini


 

TARIKH/MASA        : 01.11.2018 (08.30AM-12.30PM)

PROGRAM             : MEMPERKENALKAN DAN MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA KANAK2                                      MENGENAI INTERNET DAN KOMPUTER.

JUM.PESERTA       : 12 ORANG (PELAJAR TABIKA/GURU2)

LOKASI/TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG

 

IMG 9302

Tujuan

Membantu kanak-kanak TABIKA untuk lebih membiasakan diri dengan penggunaan internet dan komputer. Program ini juga merapatkan hubungan antara pusat internet dengan tabika kemas. Dengan aktiviti yang bermanafaat untuk kanak-kanak agar mereka tidak kekok dalam penggunaan komputer dan mereka lebih seronok dengan penggunaan komputer contohnya mewarna online.

Aktiviti

Program ini dihadiri oleh 10 orang pelajar dan 2 orang petugas. Program ini memberi pendedahan pengguna internat yang bermanafaat kepada kanak-kanak iaitu anatara aktiviti aplikasi online adalah mengenal komputer. Dengan melayari google images untuk mengenal perkakasan komputer(pengenalan kepada komputer) penerangan mengenai komputer dan mengakan kuiz perkakasan komputer. Kemudian aplikasi online e-pembelajaran(permainan pendidikan) dengan mewarna ditalian menggunakan laman web oncoloring.com dan coloring4all.com. Aktiviti seterusnya pengenalan kepada internet menggunakan laman web youtube dengan menonton kartoon omar dan hana serta upinipin agar kanak-kanak lebih ceria dan menarik dengan komputer. Aktiviti tanpa penggunaan komputer juga deperkanalkan untuk kanak-kanak dengan aktiviti KDB (Klik Dengan Bijak) iaitu permainan cantuman puzzle yang mudah dan sesuai dengan kanak-kanak. Akhir sekali program ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan dan bersurai dengan jamuan dari pihak TABIKA. 

Gambar Disini