TARIKH/MASA : 15.08.2018 (02.30PM-04.30PM) PROGRAM : E-PEMBELAJARAN (KUIZ) JUM.PESERTA : 7 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenai komputer
Aktiviti
Pelajar diajar untuk menggunakan laman web E-Pembelajaran untuk meningkatkan ilmu ICT. Pelajar perlu menjawab soalan kuiz diatas talian dilaman web Frog VLE aplikasi pembelajaran di sekolah.
TARIKH/MASA : 13.08.2018 (03.00PM-05.00PM) PROGRAM : CARIAN MAKLUMAT DALAM GOOGLE WEB & MICROSOFT WORD JUM.PESERTA : 3 ORANG (PELAJAR SEK MENENGAH) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Dapat membantu menyiapkan kertas kerja sejarah yang diberikan oleh guru sekolah dengan cepat, tepat dan menarik. Memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar sekolah dari mereka tidak dapat dan tidak pandai menggunakan komputer untuk menyiapkan kertas kerja mereka kepada mereka dapat memilih dan mencari maklumat dengan mudah yang sesuai dengan tajuk yang diberikan dengan betul serta menarik. Keadaan ini dapat menghasilkan kertas kerja yang betul dan sempurna serta pelajar kelihatan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Aktiviti
Pelajar perlu mancari maklumat-maklumat dalam google web yang sesuai dengan tajuk yang telah diberikan oleh guru mereka iaitu Pembinaan Negara & Bangsa Kearah Kemunculan Negara Malaysia Yang Berdaulat.Pelajar perlu mnggunakan aplikasi google web untuk mencari maklumat tersebut dan 'copypaste' untuk di edit/suntingan dalam microsoft word.Pelajar perlu memilih seberapa banyak maklumat yang mereka kehendaki. Maklumat-maklumat yang dipilih perlu disunting dengan menggunakan microsoft word.
TARIKH/MASA : 11.08.2018 (10.00AM-12.00PM) PROGRAM : MENAIP MINIT MESYUARAT & SURAT JEMPUTAN MESYUARAT JUM.PESERTA : 1 ORANG (DEWASA) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh golongan dewasa yang ingin menyiapkan kerja beliau dengan bantuan/pertolongan petugas Pusat Internet. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan atau aplikasi yang terdapat didalam komputer. Beliau didedahkan kepada Microsoft Word supaya dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft tersebut. Malah akan dapat membantu beliau pada masa akan datang.
Aktiviti
Perisian Microsoft Word digunakan dalam aktiviti menyiapkan minit mesyuarat dan surat jemputan mesyuarat. Beliau perlu menyiapkan minit mesyurat dan surat tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum tarikh mesyuarat yang akan diadakan pada masa terdekat. Latihan ini dijalankan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta pertolongan kepada beliau untuk menghasilkan minit mesyuarat yang menarik dan tepat dengan tema yang telah diberikan dan tidak lari dari tajuk. Beliau dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan baik dan menarik. Beliau save as dan print kertas kerja mereke malah beliau amat berpuas hati dengan latihan dan bimbingan yang diberikan oleh petugas.
TARIKH/MASA : 12.08.2018 (11.00AM-03.00PM) PROGRAM : PENDAFTARAN GMAIL & E-REZEKI (LATIHAN ASAS) JUM.PESERTA : 9 ORANG (BELIA & DEWASA) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Melahirkan lebih ramai usahawan online.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan erezeki. Seterusnya peserta diajar bagaimana untuk mendaftar gmail.com bagi pendaftaran erezeki. Melalui kaedah ini, peserta dapat menilai pembelajaran erezeki atas talian serta kebaikan menyertai erezeki bagi menjana pendapatan secara online.
TARIKH/MASA : 08.08.2018 (11.00AM-03.00PM) PROGRAM : PENDAFTARAN GMAIL & E-REZEKI (LATIHAN ASAS) JUM.PESERTA : 7 ORANG (BELIA & WANITA) LOKASI/TEMPAT : PUSAT INTERNET KG ANAK MUSANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang bijak pandai dalam pengurusan masa serta menjana pendapatan sampingan melalui laman sesawang dan penggunaan internet.
AKTIVITI
Peserta diberi taklimat mengenai erezeki, cara pendaftaran dan sekiranya peserta tidak mempunyai emel, petugas memberi tunjuk ajar cara buka Akaun Emel dan penggunaan emel dengan betul. Setelah melengkapkan maklumat diri dalam sistem erezeki, peserta diajar cara melakukan kerja yang telah dipohon semasa pendaftaran dibuat tadi. Peserta juga mendapat maklumat dari sumber platform-platform erezeki sebelum memulakan kerja.