TARIKH/MASA        : 13.05.2018 (09.30AM-12.30PM)

PROGRAM             : WEBSITE PENDAFTARAN SPA & JOBMALAYSIA

JUM.PESERTA       : 1 ORANG (PELAJAR LEPASAN SPM)

LOKASI/TEMPAT   : PI KG ANAK MUSANG

 

IMG 7028

TUJUAN

Kemudahan Pusat Internet kepada warga komuniti untuk membuat pendaftaran akaun dalam job Malaysia dan SPA serta pengisian atas talian jawatan kosong .

AKTIVITI

Pelajar lepasan sekolah mengisi borang jawatan kosong secara atas talian daripada wedsite SPA dan Job Malaysia Mereka menggunakan kemudahan dan peluang yang disediakan untuk kebaikan bersama. 

____________________________________________________________________________________

TARIKH/MASA        : 24.04.2018 (2.00PM-4.00PM)

PROGRAM             : ASAS PENGENALAN PERKAKASAN KOMPUTER DAN JAWAB SOALAN KUIZ

JUM.PESERTA       : 20 ORANG (PELAJAR SEKOLAH).

LOKASI/TEMPAT   : PI KG ANAK MUSANG.

 

IMG 7021

Tujuan

Dapat membantu pelajar mengenali setiap komponen-komponen yang terdapat pada komputer.Dapat membantu pelajar dalam penggunaan komputer dengan lebih baik setelah mereka mengetahui fungsi-fungsi dan penggunaan perkakasan komputer.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan secara terperinci pengenalan asas perkakasan komputer yang juga dikenali sebagai peranti (device). Perkakasan komputer merupakan bahagaian-bahagian membentuk sebuah komputer yang lengkap.Untuk memudahkan lagi pelajar mengenali setiap komponen atau bahagaian-bahagian komputer yang lengkap mereka diarahkan membuka website google untuk mencari bahan-bahan dan gambar-gambar setiap komponen komputer.Pelajar perlu 'copypaste' gambar tersebut dan mencari taks fungsi-fungsi setiap komponen yang ada pada sebuah komputer.Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan kuiz dan jika pelajar dapat menjawab solan kuiz dengan betul dan tepat pelajar diberi hadiah menarik.

______________________________________________________________________________________________

TARIKH/MASA        : 18.04.2018 (10.00AM-11.00AM)

PROGRAM             : PENGENALAN KEPADA LAMAN WEB & MICROSOFT WORD

JUM.PESERTA       : 1 ORANG (WANITA)

LOKASI/TEMPAT   : PI KG ANAK MUSANG.

 

30725065 1907111079307672 6837798944178085384 n

Tujuan

Peserta merupakan seorang peniaga kedai runcit dan kedai roti canai. Latihan diberikan oleh belau bagi membantu beliau dan memudahkan beliau dalam urusan perniagaan. Belau merupakan seorang peniaga wanita yang amat gigih dalam perniagaan malah begitu rajin dalam mempelajari ilmu ict dan aplikasi-aplikasi serta penggunaan komputer. Pada awal pemlibatan beliau dengan perniagaan beliau langsung tidak padai menggunakan komputer dan internet. Sekarang setelah beliau dilatih oleh petugas PI, beliau separuh mahir dalam pengunaan aplikasi internat dan aplikasi dalam komputer.

Aktiviti

Pengenalan kepada laman web dan latihan asas microsoft word diberikan oleh beliau. Latihan ini dapat membantu beliau untuk mengiklankan pernigaannya dan memperkenalkan perniagaan beliau kepada masyarakat umum. Beliau begitu gigih mempelajari setiap latihan yang diberikan, ini dapat membantu mempromosikan perniagaan beliau.

TARIKH/MASA        : 21.04.2018 (08.00AM-02.00PM)

PROGRAM             : PROGRAM RELA BESUT DAN SETIU BERSAMA PEMIMPIN

JUM.PESERTA       : SEMUA KOMUNITI 

LOKASI/TEMPAT   : DEWAN TERBUKA SK BUKIT JEROK

 

IMG 7001

Tujuan

Program ini dijalan bertujuan untuk mempromosikan dan memperkenalkan program-program yang sedang dijalankan di PI. Mendekatkan lagi PI kepada komuniti agar komuniti dapat memanafaatkan PI untuk kemudahan mereka dalam penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan oleh komuniti. Program mengeratkan hubungan yang baik antara petugas PI dengan komuniti setempat malah dapat mengelakan jurang digital antara komuniti.Komuniti dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan ICT.

Aktiviti

Memberi taklimat kepada komuniti untuk memperkenalkan program-program menarik yang sedang dilaksanakan dan taklimat program dashboard kepada komuniti. Program ini dirasmikan oleh YBHG.Dato Wan Ali Bin Besar (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) yang dihadiri lebih kurang 2000 pasukan rela dan penduduk kampung sekitar terdekat. Aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma sangat-sangat mendapat sambutan dari komuniti dan pendaftaran ahli baru PI juga mendapat sambutan yang memberansangkan. Selain dari aktiviti dashboard kami juga menyelikkan beberapa aktiviti menarik untuk komuniti antaranya musang berjanggut dan teka-rempah. Program-program yang dijalankan dapat mempernalkan lebih dekat lagi PI kepada komuniti umum.

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH/MASA        : 16.04.2018 (03.00PM-06.00PM)

PROGRAM             : MICROSOFT WORD (EXPRIMENT SAINS BERTAJUK BIOGAS)

JUM.PESERTA       : 4 ORANG (PELAJAR SEKOLAH)

LOKASI/TEMPAT   : PI KG ANAK MUSANG

 

IMG 6969

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan atau aplikasi yang terdapat didalam komputer. Mereka didedahkan kepada Microsoft Word supaya dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft tersebut. Malah akan dapat membantu pelajar pada masa akan datang

Aktiviti

Perisian Microsoft  Word digunakan dalam aktiviti ini bagi menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru mereka.Pelajar perlu menyiapkan expriment sains yang bertajuk Bio Gas dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru mereke. Latihan ini dijalankan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk menghasilkan expriment yang menarik dan tepat dengan tema yang telah diberikan dan tidak lari dari tajuk. Pelajar dapat menyiapkan expriment sains tersebut dengan baik dan menarik dengan tempoh yang diberikan. Pelajar save as dan print kertas kerja mereke malah pelajar berpuas hati dengan latihan dan bimbingan yang diberikan oleh petugas.