TARIKH/MASA : 19.03.2018 (3.00PM-5.00PM) PROGRAM : PERMOHONAN UPU, SPA & JOBS MALAYSIA JUM.PESERTA : 6 ORANG (PELAJAR LEPASAN SEKOLAH) LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Membantu pelajar lepasan sekolah untuk membuat permohonan UPU, SPA & JOBS MALAYSIA online. Latihan ini dapat membantu pelajar dengan lebih jelas hala tuju mereka mengikut kelayakan masing-masing. Dengan melayari aplikasi spa dan job malaysia pelajar juga dapat membuat permohonan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka dan memilih jawatan dalam separa perubatan dengan betul dan tepat dengan bantuan petugas PI.
Aktiviti
Dengan adanya latihan ini pelajar memdapat tunjuk ajar dan khidmat nasihat dari petugas untuk memilih kursus yang sesuai dengan kelayakan mereka malah latihan ini dapat membantu pelajar untuk membuat permohoan yang lebih baik.Latihan ini memberi manafaat kepada pelajar dalam membantu masa depan mereka pada masa akan datang kerana perjalanan hidup mereka masih jauh.
TARIKH/MASA : 10.03.2018 (10.00AM-12.00PM) PROGRAM : PENGENALAN KEPADA INTERNET & MENCARI IMAGES JUM.PESERTA : 10 ORANG (PELAJAR SEKOLAH) LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih mendalami lagi ilmu dalam penggunaan aplikasi internet untuk membantu pelajar dalam menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan penggunaan aplikasi internet. Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dalam membantu mereka untuk masa akan datang. Dengan latihan ini dapat memperluaskan lagi ilmu dan kemahiran kepada pelajar.
Aktiviti
Pengenalan kepada internet untuk penerangan secara langsung fungsi-fungsi aplikasi internet kebaikan dan keburukan melayari internet.Pelajar diberi pendedahan menggunakan laman web google images dan pilih gambar-gambar yang menarik untuk disimpan dan membuat penyuntingan gambar.
TARIKH/MASA : 05.03.2018 (2.00PM-5.00PM) PROGRAM : GOOGLE IMAGES &PENGENALAN MICROSOFT WORD & POWER POINT. (BUAT KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI TINGKATAN 5). JUM.PESERTA : 15 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Membantu pelajar tingkatan 5 untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru sekolah mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kerja kursus pendididkan seni mempunyai beberapa tajuk yang perlu dipilih oleh pelajar dengan latihan ini pelajar dapat memilih tajuk yang sesuai dengan teme dan syarat yang telah ditetapkan setelah di beri bimbangan dan nasihat oleh petugas Pusat Internet (PI). Pelajar dapat menghasilkan kerja kursus yang menarik dan mudah malah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan untuk pelajar pada masa akan datang.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu oleh petugas PI apa fungsi aplikasi internet dalam membantu kerja kursus mereka dan apa laman web yang sesuai untuk mereka layari agar lebih mudah dan cepat. Kerja kursus pendidikan seni pada dasarnya perlu disiapkan oleh setiap orang individu masing-masing dengan memilih tajuk yang sesuai.Untuk memudahkan pelajar mencari gambar-gambar yang dikehendaki pelajar perlu menggunakan laman web google images untuk memudahkan kerja tersebut petugas membahagikan pelajar dalam kumpulan dan mencari gambar-gambar yang berbeza tajuk. Setelah setiap kumpulan menyiapkan tugasan mereka dengan mengumpul berapa banyak gambar yang mereka kehendaki dan setiap kumpulan perlu menukar serta berkongsi gambar antara semua kumpulan. Semua pelajar mendapat banyak gambar dengan mudah dan cepat hanya dengan berkongsi gambar antara kumpulan. Pelajar membuat suntingan gambar tersebut mengikut kehendak masing-masing dengan menggunakan microsoft word. Ada diantara pelajar suka membuat suntingan gambar menggunakan microsoft power point.
AKTIVITI : KARNIVAL SEHARI BERSAMAMU TARIKH : 8 MAC 2018 MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : TAPAK PASAR PAGI, KG PEKAN SARI TEMBILA PESERTA : 26 ORANG |
Tujuan
Program ini dianjurkan oleh komuniti Kg Pekan Sari. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk merapatkan jurang diantara masyarakat di sini serta untuk melahirkan masyarakat yang aktif serta meningkatkan kemahiran dari segi pergaulan. Walaubagaimanapun, pihak PI dijemput untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.
Aktiviti
Program disertai oleh pelajar sekolah rendah, menengah, golongan belia, wanita serta lain-lain. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat ringkas. Antara aktiviti yang diadakan ialah musang berjanggut, teka silang kata, maze, kuiz perkakasan komputer, word search dan pemeriksaan kesihatan (IHealth).
TARIKH/MASA : 03.03.2018 (3.00PM-6.00PM) PROGRAM : GOOGLE IMAGES &PENGENALAN MICROSOFT WORD (BUAT KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI TINGKATAN 5). JUM.PESERTA : 16 ORANG (PELAJAR SEKOLAH). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Dapat membantu menyiapkan kertas kerja pendidikan seni yang diberikan oleh guru sekolah pelajar dengan cepat, tepat dan menarik. Memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar sekolah dari mereka tidak dapat dan tidak pandai menggunakan komputer untuk menyiapkan kertas kerja mereka kepada mereka dapat memilih gambar yang sesuai dengan tajuk yang diberikan dengan betul serta menarik. Keadaan ini dapat menghasilkan kertas kerja yang betul dan sempurna serta pelajar kelihatan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Aktiviti
Pelajar perlu mancari gambar-gambar (images) yang sesuai dengan tajuk yang telah diberikan oleh guru mereka iaitu arca hiasan dinding bertemakan kuasa air.Pelajar perlu mnggunakan aplikasi google images untuk mencari arca tersebut dan copypaste gambar tersebut.Pelajar perlu memilih seberapa banyak gambar yang mereka kehendaki. Gambar-gambar yang dipilih perlu disunting dengan menggunakan microsoft word. Pelajar menyunting saiz gambar mengikut saiz yang diberikan oleh guru mereka.