TARIKH/MASA : 10.04.2018 (9.00AM-11.00AM) PROGRAM : ASAS LAMAN WEB ONLINE BANTUAN MAIDAM. JUM.PESERTA : 8 ORANG (WANITA) LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Peserta latihan mendapat ilmu yang dapat membantu mereka dalam memohon bantuan zakat maidam secara online diatas talian. Golongan wanita dapat ilmu yang bermanafaat dan membantu mereka pada masa akan datang malah mereka tidak lagi kekok dalam pengguna internet dan laman web.
Aktiviti
Penerangan pengenalan internet dan asas-asas laman web. Peserta diberi latihan untuk pengisian sendiri permohonan maidam secara online dengan bantuan dan latihan yang diberikan. Semua peserta berjaya membuat permohonan dan dapat print out keluar borang masing-masing. Semua peserta yang terdiri dari golongan wanita begitu berpuas hati dengan latihan dan bimbingan yang diberikan kepada mereka.
TARIKH/MASA : 07.04.2018 (04.00PM-06.00PM) PROGRAM : MICROSOFT WORD SUNTINGAN GAMBAR JUM.PESERTA : 8 ORANG (PELAJAR SEKOLAH) LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Dapat membantu menyiapkan kertas kerja pendidikan seni yang diberikan oleh guru sekolah pelajar dengan cepat, tepat dan menarik. Memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar sekolah dari mereka tidak dapat dan tidak pandai menggunakan komputer untuk menyiapkan kertas kerja mereka kepada mereka dapat memilih gambar yang sesuai dengan tajuk yang diberikan dengan betul serta menarik. Keadaan ini dapat menghasilkan kertas kerja yang betul dan sempurna serta pelajar kelihatan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Aktiviti
Pelajar perlu mancari gambar-gambar (images) yang sesuai dengan tajuk yang telah diberikan oleh guru mereka iaitu arca hiasan dinding bertemakan kuasa air.Pelajar perlu mnggunakan aplikasi google images untuk mencari arca tersebut dan copypaste gambar tersebut.Pelajar perlu memilih seberapa banyak gambar yang mereka kehendaki. Gambar-gambar yang dipilih perlu disunting dengan menggunakan microsoft word. Pelajar menyunting saiz gambar mengikut saiz yang diberikan oleh guru mereka.
TARIKH/MASA : 24.03.2018 (3.00 PM-5.00 PM) PROGRAM : PERMAINAN PENDIDIKAN (WORD SEARCH ONLINE) JUM.PESERTA : 6 ORANG (PELAJAR). LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenai komputer
Aktiviti
Pelajar diajar untuk menggunakan laman web E-Pembelajaran untuk meningkatkan ilmu ICT.
TARIKH/MASA : 07.04.2018 (10.00AM-12.00PM) PROGRAM : PENGENALAN KEPADA INTERNET & MENCARI IMAGES JUM.PESERTA : 8 ORANG (PELAJAR SEKOLAH) LOKASI/TEMPAT : PI KG ANAK MUSANG. |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih mendalami lagi ilmu dalam penggunaan aplikasi internet untuk membantu pelajar dalam menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan penggunaan aplikasi internet. Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dalam membantu mereka untuk masa akan datang. Dengan latihan ini dapat memperluaskan lagi ilmu dan kemahiran kepada pelajar.
Aktiviti
Pengenalan kepada internet untuk penerangan secara langsung fungsi-fungsi aplikasi internet kebaikan dan keburukan melayari internet.Pelajar diberi pendedahan menggunakan laman web google images dan pilih gambar-gambar yang menarik untuk disimpan dan membuat penyuntingan gambar.
TARIKH/MASA : 23.03.2018 (09.00AM-12.00PM) PROGRAM : PROGRAM RAMAH MESRA KG PASIR AKAR JUM.PESERTA : 200 ORANG (SEMUA GOLONGAN) LOKASI/TEMPAT : PERKARANGAN DEWAN SERBAGUNA PI KG PASIR AKAR |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, program yang dijalankan bagi mempromosi PI kepada komuniti.
Aktiviti
Mengadakan beberapa aktiviti untuk memperkenalkan Pusat Internet (PI) kepada masyarakat umum agar mereka lebih dekat lagi dengan PI malah pihak PI juga memberi hadiah-hadiah yang menarik untuk penggunjung yang mengikuti program dan aktiviti PI.